Subscribe Now: Feed Icon

Ahad, Februari 24, 2008

Titipan keramat HAMKA

Aku sangat tertarik dengan kata-kata ini, yang dipetik daripada 'peribadi' tulisan HAMKA.
Begitu selari dengan konsep perjuangan PULAPIPRO juga senada dengan perjuangan guru

"Takut gagal adalah takut yang sejati
Takut mati adalah mati sebelum mati
Hidup itu ialah gerak dan gerak itu ialah maju , berjuang dan naik, dan
jatuh dan naik lagi. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok , sebab itu kita
tidak ada masa yang harus terbuang.

Seperti bangsa ,dahulu kita berjuang mengusir penjajahan. Setelah merdeka,
kita berjuang mempertahankan kemerdekaan, dan setelah diakui kemerdekaan itu , kita
berjuang mengisinya supaya bangsa dan negara kita berdiri dan terus
hidup .
Apabila perjuangan telah terhenti , apabila kesulitan tidak ada lagi , apabila
kita sudah puas dengan apa yang kita ada, ertinya matilah
negara kita dan
kita sendiri"


malam tadi dapat lagi satu ilmu dpd Ust Ali Soufi , semasa mesyuarat Pulapipro Melaka bahawa ilmu adalah pelajaran dan akhlak tu datang drpd didikan .

Maka didalam suatu rumah , mesti ada satu rotan yang menggambarkan perlaksanaan didikan itu. Bukan untuk digunakan ketika kita marah sebagai ibubapa tetapi sebagai pengajaran untuk mendidik anak bangsa .

Satu lagi petikan dpd buku peribadi HAMKA

Akal pemandu jiwa

Ilmu pemandu akal

Lidah yang fasih pemandu ilmu


Tiada ulasan: