Subscribe Now: Feed Icon

Rabu, Oktober 13, 2010

Kasih Papa..



















9 oktober 2010 adalah tarikh konvokesyen UMP ke 5. Aku menghadirinya buat kali pertama sebagai pensyarah. Janggal juga rasanya dan seperti tidak percaya yang aku akan berada sekali lagi dalam dewan yang menempatkan semua cendekiawan universiti . Ingatkan masa dapat degree hari tu dah penghabis dah.

Dijadikan cerita terpaksalah aku meninggalkan anak-anak di rumah tanpa pengawasan. Nak ditinggal di pejabat , laluan ke situ ditutup pula. Padahal beberapa hari sebelumnya sibuk kami menyediakan stok jajan dan sebagainya di pejabat untuk kemudahan anak-anak.

Dengan doa dan keyakinan pada ANis yang berumur 10 tahun sebagai mandur adik-adiknya , aku meninggalkan mereka.

Petang baru kami sampai di rumah kami di Mahkota Aman. Aku pulak sakit kepala yang berdenyut-denyut sebab agaknya lama sangat berada di dewan . Lantas , selepas maghrib terus aku berbaring . Nasib baik ubat migrain ada di dalam tas tangan.

Rupa-rupanya pada masa aku berbaring itu Papa sampai di rumah. Anis yang beritahu secara diam-diam padaku. Katanya papa tidak mahu umi tahu kedatangannya. Nak buat kejutan mungkin. Minggu itu sebenarnya bukan minggu lawatan Papa ke rumah sebab minggu sebelumnya baru sahaja papa datang ke Kuantan. Aku faham yang berulang dari Tanah Merah ke Kuantan bukan suatu perkara mudah.

Aku rasa Papa sangat risau keadaan anak-anaknya yang 'terbiar' di rumah. Anis mengesahkan perkara ini kerana katanya Papa menelefonnya banyak kali semasa aku di dewan konvo. Tak sedap hatilah tu.

Maka Papa sempat juga menghabiskan 2 malam bersama kami. Aku pulak memang dah rindu dendam pada sang pencinta , apa lagi, terubatlah segala macam sakit ....

Sesungguhnya kasih ibu sampai ke syurga , kasih ayah tidak bertepi. Bezanya papa tidak menzahirkan kasih sayang macam umi . Nama pun lelaki kan... Dan aku tahu dia akan buat segalanya untuk membahagiakan kami dengan caranya yang tersendiri ..