Subscribe Now: Feed Icon

Jumaat, April 25, 2008

Hari lahir emak

19 Apr 2008 , genap 59 tahun umur mak.
AKu dan anak-anak bergegas ke PD pada petangnya , sempat juga belikan mak sepersalinan .
Sang Pencinta tidak turut serta kerana masih di perantauan Jakarta
Terharu juga bila mak cakap terimakasih bila aku nak balik ke Melaka keesokannya.
Sebegitu terharunya juga bila Idin mengucapkan terimakasih tatkala nampak aku pulang dari Giant membawa jajan kegemaran.

Apabila kesyukuran sedemikian diucapkan di atas pemberian yang begitu ringkas dan patut mahupun rutin , ia kedengaran begitu istimewa sekali.
Begitu juga aku teringat janji Allah yang akan menambahkan rahmat atas hambanya yang bersyukur.

Sang Pencinta ada mengirim sms yang menitip rindu pada anak-anak , begitu lembutnya jiwa seorang ayah walau di luar anak-anak sering menganggap Papa garang .

Tadi ada idea mendatangi fikiran , " curahkan ilmu anda"
pada siapa?
anak-anak bangsa

rasanya apabila aku mampu melakukan sesuatu dengan percuma itulah cinta kerjayaku yang sebenarnya

mungkin ia akan bertamu jua di minda ini

Hmm...seperti biasa , bila Sang Pencinta tiada di sisi pada malam hari , susah benar mata ini hendak dilelapkan....

Semoga Allah memberkati ayah bunda dan keluarga kami

Isnin, April 14, 2008

Waktu Malam dan PULAPIPRO Melaka

Guru ada mengatakan beliau menuntut ilmu pidato di pesantren pada waktu malam hingga larut malam

Waktu demikian amat efektif dan aku akui kelas PULAPIPRO yang juga diadakan menjangkau waktu demikian juga efektif sehingga pada minggu lepas ramai daripada kalangan kami di kelas mengakui rindu pidato sebab dah lama tak ke kelas



Dan rupa-rupanya pada waktu 12 pagi - 1 pagi cahaya putih menebari alam dan 1 pagi - 2 pagi cahaya merah mengambil tempat



rujuk ke snapshot artikel Dr Norhisham



"Menurut Dr. Norhisham Wahab, pukul 12 tengah malam hingga pukul 1 pagi alam dan segala hidupan diselubungi cahaya putih manakala pukul 1 pagi hingga pukul 2 pagi pula bertukar kepada warna merah jambu. Pada peringkat inilah kepekaan otak adalah pada tahap maksimum. Kita juga dilarang mengulangkaji pelajaran pada waktu-waktu pertukaran iaitu antara pukul tujuh hingga setangah pagi kerana pada waktu ini warna infra merah, merah, oren dan kuning akan berlaku dan membuatkan keseimbangan dalam tubuh kita menjadi terganggu. Begitu juga dengan pukul tujuh hingga tujuh setengah petang"



aku 'mengenali' Dr Norhisham melalui produk aura seri dan pakar herba merangkap tukang urut peribadiku juga pelajar baiknya



sila jelajah lebih lanjut...



http://husmawicvt.tripod.com/id7.html

Resume

Akhirnya aku akan bekerja di Senai juga .
Kurang masa dengan anak-anak dan suami , tetapi 'worst case' aku mesti menggunakan teknologi untuk menggunakan cyber space sebagai pengganti , harapnya Sang Pencinta setuju .

God , I love him madly...

Hati tidak rela keluarga berpindah ke sana tetapi dari segi karier memang bagus , apalagi bila memikirkankan semakin ramai bunga bangsa di situ . Kalau nak memikirkan diri sendiri rasanya tidak perlu ke sana pun mungkin aku boleh dapat kerja di tempat lain . Faktor ada boss Melayu dan ramai jurutera Melayu itu adalah faktor peribadi yang sememangnya sebahagian daripada perjuangan ini .



Aku terbaca artikel menarik mengenai konsep kerjaya cemerlang

seorang karyawan Moss berkata dia adalah 'corporate entrepenuer' , bekerja sepenuh masa di pejabat , menerbitkan kejayaannya di 'value blog' , menulis buku dan menjadi hos radio , semuanya atas tajuk kerjayanya

Ini konsep menarik .

Moss mampu menjadi kuli dan tauke pada masa yang sama

Lantas, aku menata resume diriku ....


http://hotjobs.yahoo.com/resumes/tina.johan/kjapr2008