Subscribe Now: Feed Icon

Selasa, Februari 12, 2008

Hari cuti nan indah

Sempena Tahun Baru Cina ni , aku balik PD sekeluarga. Memang payah dapat ke PD sekeluarga sebab Sang Pencinta kadang-kadang ada program sendiri di Kajang, Kelantan atau di tempat-tempat lain .
Tahun ni juga aku menyaksikan PD penuh sesak sampai kereta merangkak-rangka di Teluk Kemang !

Nampaknya Sang Pencinta gembira sungguh melayan kerenah anak-anak saudara yang kebetulan juga bercuti di PD (dpd Kubang Kerian). Ada juga perangainya yang kita tidak pernah nampak di rumah sendiri kerana anaknya sendiri tak pernah 'menyakat' P Long sedemikian rupa : ))
Tersenyum aku dalam hati (Contoh : "P Long tak baca doa makan ke? tanya si kecil Diah kerana dia tak dengar suara P Long baca Bismillah kot )

Nampaknya kesan perang besar tempoh hari juga sudah tinggal bekas sahaja di hati. Hmm bila berada di tempat lain lega juga rasanya kepala ni daripada masalah biasa.

Moral: Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri . Perang emosi mesti ditangani dengan professional.

Perbincangan terbuka: Ada tak kelas professional untuk pasangan suami isteri ?
Idea kreatif : Buka halaman untuk graduan , tips pembentangan and tips temuduga, tips kertas kerja . Promote dulu , get rappo and then see what returns you can get from there , maybe just friends, fans or money?

Ada hobi baru sekarang ni: melatih telinga mendengar classical music. Tujuannya untuk melatih sensationale dalam diri
Diiringi dengan keazaman untuk mendalami seni suara dalam mengaji, menyanyi dan berpidato

Tiada ulasan: