Subscribe Now: Feed Icon

Isnin, Mei 11, 2009

Pertandingan pidato belia negara peringkat negeri Melaka




Hari Ahad 10 Mei , Pulapipro Melaka telah mengambil bahagian di dalam pertandingan pidato belia negara peringkat negeri Melaka tetapi bukan sebagai peserta .

Aku, Jamal dan Jamil telah dilantik menjadi hakim , Cikgu Salina turut membarisi panel sebagai juruaudit kami dari segi permarkahan dan pencatat masa.

Rata-rata peserta mempunyai keyakinan diri yang tinggi semasa beraksi di pentas. Gejala mati akal diperhatikan dan ramai juga yang bermasalah dengan intipati tajuk pidato yang diberikan. Amat mengujakan melihat semua tuturan guru mengenai teknik - teknik berpidato dan kesannya jika ia tidak diamalkan jelas terlihat di depan mata di dalam segelintir peserta.

Terlintas jua di benak fikiran betapa cacatnya pidatoku kerana aku sering tidak menyanyi , melontarkan gibran dengan mantap dan berbagai-bagai kegersangan lagi dalam ilmu pidato. Namun guru kami amat besar jiwanya ..sabar dan tekun menuntun kami dari buta-pidato sampailah celik pidato dan sekarang ini kami para sahabat berjuang untuk cerdik-pidato supaya generasi kami tidak buta seperti kami dahulu.

Amat menarik juga , bila kita duduk sebagai pemerhati , sentuhan pidato merupakan elemen penting yang bisa membezakan antara pemidato sebenar atau sekadar pembaca teks pidato. Kita boleh merasakan perjalanan minda pemidato yang dizahirkan dengan pidato yang spontan dan bersahaja dan kita boleh merasakan keterabaan minda pemidato yang hanya sekadar menghafal teks . Secara ringkas , JIWA PIDATO itu sendiri yang akan mencuit sanubari kami para juri dan juga KEIKHLASAN dalam berpidato . Apabila kedua-dua elemen tadi bercantum dan digarap rapi , akan ada satu saat dimana bulu roma kita akan meremang....tatkala kita mendengar pidato sejitu itu ....mungkin itulah 'pukau' ala pidato !

Seperti kata falsafah , "orang yang bijak bercakap kerana ada sesuatu yang ingin disampaikan, sedangkan orang yang kurang bijak bercakap hanya semata-mata ingin bercakap"

Tiada ulasan: