Subscribe Now: Feed Icon

Ahad, Mac 01, 2009

Program Motivasi Sek Keb Lubuk Redan





Hari ini Pulapipro Melaka berjaya mengendalikan program motivasi pertama semenjak ketiadaan Arwah Ghafar. 2 hari semalam bersama pelajar tahun 6 Sek Keb Lubuk Redan cukup memberikan kami kepuasan . Hanya berbekalkan bakat dan semangat serta keyakinan, Pulapipro Melaka menghayun langkah . Seperti kata falsafah " Langkah pertama adalah harapan, sedangkan tidak melangkah langsung tidak ada harapan"


I finally wet my hands on it !


and finally understand what passion really means...


Aku juga diberi peluang berpidato dengan tajuk spontan . Buat pertama kalinya aku berjaya membaca falsafah 'gunung semiru' dan kali ini rasa sedikit berlainan kerana keyakinan itu tiba-tiba datang bagai dicanang-canang. Mungkin tenaga positif yang menguasai fikiran walaupun sebenarnya fizikalku kurang baik (sakit pinggang, rasa nak kena migrain..).
Namun aku akui banyak sungguh pantang pidato yang kulanggar...petes, CCl, gibran , pisip ...yang jelas , kita kurang memupuk kekuatan dalaman.

Terbukti bahawa formula LATS memang benar dan secara jelas falsafah yang sering dihafal terkupas satu demi satu di kotak fikiran..benarlah kata Robert Kiyosaki dalam hampir semua bukunya " Words are thoughts" .


Only feed the good words to your mind like reading the philosophies in pidato ...


Lantas...semasa post-mortem kami sedekahkan Al-Fatihah buat arwah . Semoga kami semua diberkati dan diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan.


Masih terngiang di telingaku semasa menerima sijil penghargaan daripada En Muhammad b Abu Bakar gurubesar S.K.L.R (inilah pertama kali aku hafal nama VIP dalam majlis!) " Teruskan perjuangan Puan Kartina" . Terasa seperti arwah abah berbisik begitu kepadaku.


Rupa-rupanya , walaupun abah sudah tiada , dan orang-orang hebat seperti Ghafar sudah tiada , masih ramai lagi pejuang senyap di luar-luar sana yang mendoakan kita . Semoga jodoh keilmuan kami dengan guru berkekalan dalam keberkatan.


Di dalam pidato...aku dijumpakan dengan ramai 'abah' dan sahabat yang amat ampuh ukhwahnya . Alhamdulillah.


Buat anak-anak didik motivasi tercinta , berubahlah dan jangan jemu belajar dan terus belajar....


Tiada ulasan: