Subscribe Now: Feed Icon

Rabu, Disember 15, 2010

Hari Asyura 2010

Esok hari Asyura , 10 Muharram.

Hari terjadinya banyak peristiwa penting. Hari di mana kita disuruh meluaskan perbelanjaan keluarga.
Sepatutnya restoran Muslim boleh buat promosi ala-ala hari Valentine kan untuk keluarga makan sedap-sedap bersama-sama?

Itulah...nama pun promosi ..kalau Valentine's day so- called hari berkasih sayang , memang penuh meja siap ditempah dengan segala menu yang mengujakan.a

Kasih sayang acuan Barat sangat tajam bisanya pada muda-mudi. Kita dulu pernah muda dan faham akan situasi ini. Apa yang dimediakan akan dianggap 'benar' dan menjadi norma sebelum menjadi budaya yang tidak disedari kemunculannya.
Kasih sayang acuan Barat sangat menitikkan aspek fisikal dan material. Senang hendak ditafsirkan.
Jiwa? Kosong dan hambar , namun ini tidak dinampakkan.

Kasih sayang Islam yang penuh dengan kesyumulan sukar diterjemahkan jika kurang pengertian rohani dan jasmaninya.
Namun hanya yang terpilih akan merasai keindahannya.
Jiwa? Penuh dan aman damai dengan ketenangan.
Namun sukar kita mengukur kebahagiaan ini.
Orang pun tak tertarik sebab tak nampak ....

Sedih...tapi itu hakikatnya.

Kalau Malaysia ada 1 Malaysia, maka esok keluarga kita ada hari 1 Keluarga. Hari digalakkan sang bapa memberi hadiah dan membelanja keluarga : ).
Sedekah dan mencari anak yatim .....
Hari di mana bermulanya sejarah kasih sayang umat manusia di mana Adam dan Hawa diciptakan dan hari di mana Adam dimasukkan ke syurga .
Kalau bahasa sekarang, Valentine's day, Birthdays (our ancestors) , Anniversary day dan macam-macam day lagilah kan ?
Hari Nabi-nabi kita diberi mukjizat dan ditunjukkan Allah kenabian mereka.
Hari memberi hadiah .....dan hari dimana jika kita berpuasa banyak pahala kita dapat.

Macam-macam 'day' lagilah...cuma tak adalah kita nampak iklan dalam TV

Agaknya sebab tak ada 'sale' dalam kalendar cuti-cuti Malaysia.

Siapa yang menguasai ekonomi pun..jawab sendiri.

Tapi ...hanya yang terpilih sahaja yang dingatkan .

Aku, sebagai hambaNya yang selalu lupa-lupa ingat dan ingat-ingat lupa dan kadang-kadang buat-buat lupa (Astaghfirullah) memang banyak dosa.

Teringat kata Ustazah di program Ar-Rayyan , doa menghilangkan gundah gulana

“Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alad dinika wa ‘ala tho’atika”.

“Wahai dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu dan atas ketaatan kepada-Mu”.

Memang lebih senang mengingati Allah masa kita susah.

Untuk keluarga yang terpisah macam aku ni , kita sabar dan sentiasa menggunakan teknologi untuk mendekatkan jurang fizikal itu. Selalu doa pada ALlah agar Dia sentiasa melimpahkan kasih sayang di antara yang jauh dan memudahkan segala urusan.

Untuk keluarga yang sedia dekat, mungkin malam ni boleh 'makan besar' kata kawan berbangsa Cina bila tiba Tahun baru Cina dan bergembira dengan pemberian masing-masing : )

Bukannya apa sangat pemberian itu.

Jelas Islam menekankan konsep kasih sayang dengan pemberian ikhlas dan kepentingan keluarga dlam konteks kasih sayang itu sendiri.

Lengkap dan syumulnya Islam.

Tiada nikmat yang lebih baik daripada celik kepada agama ini..dan terus berdoa agar Allah menjaga kita selalu.

Hidup sangat indah untuk orang yang bersyukur.

Selamat hari Asyura !

Rabu, Oktober 13, 2010

Kasih Papa..



















9 oktober 2010 adalah tarikh konvokesyen UMP ke 5. Aku menghadirinya buat kali pertama sebagai pensyarah. Janggal juga rasanya dan seperti tidak percaya yang aku akan berada sekali lagi dalam dewan yang menempatkan semua cendekiawan universiti . Ingatkan masa dapat degree hari tu dah penghabis dah.

Dijadikan cerita terpaksalah aku meninggalkan anak-anak di rumah tanpa pengawasan. Nak ditinggal di pejabat , laluan ke situ ditutup pula. Padahal beberapa hari sebelumnya sibuk kami menyediakan stok jajan dan sebagainya di pejabat untuk kemudahan anak-anak.

Dengan doa dan keyakinan pada ANis yang berumur 10 tahun sebagai mandur adik-adiknya , aku meninggalkan mereka.

Petang baru kami sampai di rumah kami di Mahkota Aman. Aku pulak sakit kepala yang berdenyut-denyut sebab agaknya lama sangat berada di dewan . Lantas , selepas maghrib terus aku berbaring . Nasib baik ubat migrain ada di dalam tas tangan.

Rupa-rupanya pada masa aku berbaring itu Papa sampai di rumah. Anis yang beritahu secara diam-diam padaku. Katanya papa tidak mahu umi tahu kedatangannya. Nak buat kejutan mungkin. Minggu itu sebenarnya bukan minggu lawatan Papa ke rumah sebab minggu sebelumnya baru sahaja papa datang ke Kuantan. Aku faham yang berulang dari Tanah Merah ke Kuantan bukan suatu perkara mudah.

Aku rasa Papa sangat risau keadaan anak-anaknya yang 'terbiar' di rumah. Anis mengesahkan perkara ini kerana katanya Papa menelefonnya banyak kali semasa aku di dewan konvo. Tak sedap hatilah tu.

Maka Papa sempat juga menghabiskan 2 malam bersama kami. Aku pulak memang dah rindu dendam pada sang pencinta , apa lagi, terubatlah segala macam sakit ....

Sesungguhnya kasih ibu sampai ke syurga , kasih ayah tidak bertepi. Bezanya papa tidak menzahirkan kasih sayang macam umi . Nama pun lelaki kan... Dan aku tahu dia akan buat segalanya untuk membahagiakan kami dengan caranya yang tersendiri ..

Ahad, Ogos 15, 2010

Anakku mula berpuasa...

Ramadhan datang lagi...kali ini ia amat menyamankan dan tidak seperti tahun lepas yang sangat menguji...
Setakat ini Izzuddin amat tekun bangun sahur dan berpuasa penuh meskipun asyik berteriak lapar ...yelah , budak ...bila kita suruh berbuka tak nak pulak...nak berbuka macam-macam yang dipinta, seronok melayan kerenah mereka. Haqeem masih cuba berpuasa ...dan dia lebih malu untuk tidak berpuasa ..."kita seorang je budak 6 tahun yang tak puasa .." katanya pada 1 Ramadhan :))
Hmm cuma...Papa je yang kehilangan...yelah duduk jauh nak buat macamana. Aku suarakan juga kesunyian itu dan aku tahu dia maklum.
Semoga Allah memudahkan segala urusan kami dunia akhirat.
Amin.

Sabtu, Julai 17, 2010

Semangat pidato di perkuliahan sulung

Minggu ini adalah minggu pertama aku mengajar di UMP. Syukur kerana pengalaman berkursus dan mengendalikan pelajar masa dengan PULAPIPRO dulu banyak menolongku . Taklah rasa 'gabra' sangat dan aku perhatikan tiada lagi pelajar yang tidur. Siap suruh baca ikrar lagi masa nak mula kelas. Haii...rindu betul pada sahabat dan guru sekalian...rasa macam terputus talian hayat juga kengkadang tu...tapi semangat masih ada cuma amalan sahaja yang kurang. Ada rezeki kami akan dipertemukan lagi .

Apapun, minggu ini adalah 'baselining' process untuk kelas pelajar baru...yelah kita pun tak tahu budak-budak ni setakat mana keterujaan mereka dalam menghadiri kelas, jadi kena banyak psikologi nampaknya.

Semoga sahabat Pulapipro dan Akademi selalu sihat dan dipermudahkan segala urusan , Amin

Isnin, Mac 29, 2010

Langkah pertama adalah harapan!

Alhamdulillah, I have to mark this milestone ...I made my first blog with my clickbank he he ...after so many confusions ...I just did it. I don't care whether it made sales or not.
I just did it!

seperti kata guru saya " Langkah pertama adalah harapan, sedangkan tidak melangkah langsung tiada harapan "

Great !!!