Subscribe Now: Feed Icon

Isnin, Disember 29, 2008

Pidato dan sahabat

Semalam, hari terakhir tahun hijrah 1430 dan aku telah menghadiri kursus pidato intensif sehari di De Palma Shah Alam.
Apa yang menakjubkan , aku sebenarnya tidak merancang untuk hadir apabila dijemput pertama kali oleh C Salina . Tapi betullah kata pantun Pulapipro Melaka ...
"Budak-budak bersampan kotak
Muatan sarat dengan ragi
Biar retak bumi kupijak
Pidato takkan kulepaskan lagi"
Teringat masa bercinta dulu..(dengan Sang Pencinta lah)
Kalau dah sayang.....asyik terbayang walau hati rasa geram
Sekarang bercinta dengan pidato
Walau dah batalkan kehadiran kursus..hati rasa terpanggil...tak boleh tahan..
Seperti yang dijangkakan , memang padat dan mampat dan penuh sensasi...pertama kali lihat guru dalam keadaan teramat 'keramat' sekali dengan gibrannya ...ala-ala Full throttle gitu kalau dalam filem Charlies Angles

Begitu hebat....rasa macam masuk gelanggang silat pun ada .
Buat kali kedua bersua lagi dengan keluarga besar pidato , diantaranya En Azmi (saya penuhi hajatnya untuk menghiasi persada blog ini) , En Irshyad yang baru kutahu baru pulih dari kemalangan (dan isteri) ,
dan yang paling mengkagumkan , terjumpa dengan sahabat lama waktu sekolah rendah ...Robiaa ..mak ai....lebih 20 tahun tak jumpa tu! Dia yang tegur aku dulu..ayu sungguh dia , seriously she has a very feminine look (the one that I wished those days I had but never will as I know who I am). Tak sempat nak tanya macamana jodoh pertemuannya dengan pidato berlaku

Itulah dia antara keajaiban yang berlaku dalam Pulapipro .
Ia mengajar erti perjuangan . Perjuangan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit . Jua erti keikhlasan kerana tanpa sifat ini , perjuangan akan jadi lemah dan kosong tanpa jiwa.

Pidato mengajar erti persahabatan . Berpaksikan seorang guru sahaja, kita bisa bertemu ramai orang di ruang ilmu, yang sudah bersahabat akan teruja dengan buah fikiran para sahabatnya, yang baru berkenalan akan mula menyelitkan kuntum rasa kemesraan antara mereka. Sesungguhya antara doa yang mustajab adalah doa dari sahabat. Aku percaya , ini berlaku dalam Pulapipro.
Semoga Allah memberkati majlis ilmu ini.


Selamat Menyambut Maal Hijrah

Selasa, Disember 09, 2008

Blog dan twitter

Hari ini aku tertembung dengan G Kawasaki dalam net. Menarik sungguh petua dari blognya . Terfikir juga untuk menterjemah buah fikirannya dalam bahasa Melayu.
Banyak juga perbendaharaan kata yang aku kena belajar, seminggu tak habis .

Target aku sekarang, gunakan twitter semaksimum mungkin untuk marketing dan guna blog untuk meraih kredibiliti .

Aku juga belajar dua rangkap berkesan dalam organisasi :

"What do you think?"
"What can we do better?"
Dalam social networking , amalkan konsep ABL "always be linking"

Jangan cakap kosong.....