Subscribe Now: Feed Icon

Isnin, Februari 07, 2011

Sedetik lebih...

Tajuk lagu dendangan ANuar Zain ini memang sedikit pelik bagi aku.

Namun pengertiannya amat mudah.

Waktu bercinta dan menginjak ke jinjang pelamin , mudah sahaja kalimah sehidup semati itu meluncur dari bibir kita.

Namun sebenarnya bukan destinasi percintaan itu yang utama....tetapi proses untuk ke destinasi itu sendiri yang lebih memerlukan modal pengorbanan yang amat besar.

Jadi, dalam mengharung segala suka duka kehidupan berumahtangga itu, kadang-kadang menitinya saat demi saat dan detik demi detik adalah lebih bermakna dan yang sebenarnya memberi erti kepada pelayaran itu sendiri.

Setiap kali kita diduga...

Sedetik lebih.

Hari ini.

Sedetik lebih.

Esok.

Sedetik lebih.

Dan selamanya.

Sedetik sahaja.

Namun berterusan.

Lama-lama sampailah kita ke syurga cinta itu.

Selamat meneruskan pelayaran!