Subscribe Now: Feed Icon

Isnin, Disember 29, 2008

Pidato dan sahabat

Semalam, hari terakhir tahun hijrah 1430 dan aku telah menghadiri kursus pidato intensif sehari di De Palma Shah Alam.
Apa yang menakjubkan , aku sebenarnya tidak merancang untuk hadir apabila dijemput pertama kali oleh C Salina . Tapi betullah kata pantun Pulapipro Melaka ...
"Budak-budak bersampan kotak
Muatan sarat dengan ragi
Biar retak bumi kupijak
Pidato takkan kulepaskan lagi"
Teringat masa bercinta dulu..(dengan Sang Pencinta lah)
Kalau dah sayang.....asyik terbayang walau hati rasa geram
Sekarang bercinta dengan pidato
Walau dah batalkan kehadiran kursus..hati rasa terpanggil...tak boleh tahan..
Seperti yang dijangkakan , memang padat dan mampat dan penuh sensasi...pertama kali lihat guru dalam keadaan teramat 'keramat' sekali dengan gibrannya ...ala-ala Full throttle gitu kalau dalam filem Charlies Angles

Begitu hebat....rasa macam masuk gelanggang silat pun ada .
Buat kali kedua bersua lagi dengan keluarga besar pidato , diantaranya En Azmi (saya penuhi hajatnya untuk menghiasi persada blog ini) , En Irshyad yang baru kutahu baru pulih dari kemalangan (dan isteri) ,
dan yang paling mengkagumkan , terjumpa dengan sahabat lama waktu sekolah rendah ...Robiaa ..mak ai....lebih 20 tahun tak jumpa tu! Dia yang tegur aku dulu..ayu sungguh dia , seriously she has a very feminine look (the one that I wished those days I had but never will as I know who I am). Tak sempat nak tanya macamana jodoh pertemuannya dengan pidato berlaku

Itulah dia antara keajaiban yang berlaku dalam Pulapipro .
Ia mengajar erti perjuangan . Perjuangan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit . Jua erti keikhlasan kerana tanpa sifat ini , perjuangan akan jadi lemah dan kosong tanpa jiwa.

Pidato mengajar erti persahabatan . Berpaksikan seorang guru sahaja, kita bisa bertemu ramai orang di ruang ilmu, yang sudah bersahabat akan teruja dengan buah fikiran para sahabatnya, yang baru berkenalan akan mula menyelitkan kuntum rasa kemesraan antara mereka. Sesungguhya antara doa yang mustajab adalah doa dari sahabat. Aku percaya , ini berlaku dalam Pulapipro.
Semoga Allah memberkati majlis ilmu ini.


Selamat Menyambut Maal Hijrah

Selasa, Disember 09, 2008

Blog dan twitter

Hari ini aku tertembung dengan G Kawasaki dalam net. Menarik sungguh petua dari blognya . Terfikir juga untuk menterjemah buah fikirannya dalam bahasa Melayu.
Banyak juga perbendaharaan kata yang aku kena belajar, seminggu tak habis .

Target aku sekarang, gunakan twitter semaksimum mungkin untuk marketing dan guna blog untuk meraih kredibiliti .

Aku juga belajar dua rangkap berkesan dalam organisasi :

"What do you think?"
"What can we do better?"
Dalam social networking , amalkan konsep ABL "always be linking"

Jangan cakap kosong.....

Ahad, November 30, 2008

Attraction marketing & Newsletter marketing

Hari ini aaku selesai membaca buku ' seven years to seven figures' . Buku yang sangat bagus untuk orang yang bekerja makan gaji dan ingin mencapai kewangan mandiri .

Ada 3 panduan di situ yang mudah dan sangat menangkap jiwaku:

"Make Plan, Make Time to the Plan ,strong will power"

Aku mula merangka MTA untuk pelan yang terlintas di minda. Cuma yang belum pasti medan apa yang sesuai . Ini akan ambil masa tapi bak kata Nightingale " you are what you think about "

Terjumpa juga link yang ada banyak artikel yang boleh disiarkan semula http://www.articlealley.com

Sabtu, November 29, 2008

Laskar Pelangi

Lagu ini indah sekali


http://


bertetapan dengan konsep PULAPIPRO



Seperti kata falsafah guru " Impian takkan menjelma selagi anda tidak bermimpi untuk berimpian"



Lirik

mimpi adalah kunci

untuk kita menaklukkan dunia

telah hilang

tanpa lelah sampai engkau

meraihnya
laskar pelangi

takkan terikat waktu

bebaskan mimpimu di angkasa

raih bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa

walau dunia tak seindah surga

bersukurlah pada yang kuasacinta kita di dunia
selamanya…
cinta kepada hidup

memberikan senyuman abadi

walau ini kadang tak adil

tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi

takkan terikat waktu

jangan berhenti mewarnai

jutaan mimpi di bumi
menarilah dan terus tertawa

walau dunia takseindah surga

bersukurlah pada yang kuasa

cinta kita di dunia
selamanya…

Isnin, November 17, 2008

Streetsmart and Mental Aritmetik







Hari ini memang hari Anis , pagi-pagi bertanding mental aritmetik dan petangnya bertanding mewarna . Pagi gagal menang dan petang juara . Hebat dunia ini dan setiap manusia ada bakat yang berbeza. Itulah yang aku cuba didik pada anakku ini.

To experience , get the concept and dive in the abstract is part of the learning process ....ini adalah kajian David Kolb dalam subjek pembelajaran manusia .
Idin dan HQ juga turut serta dalam peraduan mewarna , dapat saguhati. Buat pertama kali ketiga-tiga naik pentas di Mahkota Parade (program Sreetsmart ini memang bagus dan Petronas memang hebat) dan aku rasa mereka memang seronok ! Cuma yang ralat sikit Papa tidak dapat bersama sebab masih di Kelantan ...hmm rindu benar...

Apapun lesson learnt for today , kita memang perlu slot berkualiti begini untuk meningkatkan keyakinan anak-anak .

Seperti kata falsafah PULAPIPRO " Keyakinan tidak akan wujud selagi anda boleh lakukan, itulah keyakinan"
Persoalannya , di mana kita boleh dapatkan medan sebegini selain daripada program luar sekolah?

"where there is a demand , there is a market Tina"...focus focus focus and specialise .

Ahad, November 16, 2008

Majlis Ikhtifal & Khatam PASTI Nurul-Aini 2008

Semalam Sabtu 15 Nov, aku dan Anis menghadiri majlis tersebut di atas di PASTI . Anis masih belum khatam tapi turut meraikan majlis . Entah kenapa terasa sayu dan insaf berada di majlis itu . Tersentap jua jiwa ini dengan kealpaanku dengan Al-Quran. Betapa jauh ingatanku kepada kitab Allah ini jika dikira dengan amalanku. Menatap ayatnya sahaja diberi pahala dan amalan sebegitu pun jarang tersulam di ruang waktu ini...semoga ada perubahan

Seperti kata guru " Jika anda tidak boleh mengubah diri maka anda tidak boleh mengubah apa-apa"

Melihat atuk atuk yang mempengerusikan majlis dan kesungguhan mereka yang tua meneruskan tradisi ilmu aku begitu kagum dan insaf . Kita yang muda pun tak tentu mampu menyumbang keringat begitu, Astaghfirullah dan Alhamdulillah , bertemu jua kita di arena ilmu ini.

Teringat kata falsafah guru di Pulapipro " Hiduplah untuk berbakti kerana orang yang berbakti akan terus hidup namanya walaupun mati"

Sempat juga berkenalan dengan nenek Fatimah yang juga guru mengaji yang meraikan cucunya yang khatam hari itu. Dia menjelaskan betapa pentingnya majlis sebegini supaya tidak lapuk ditelan zaman. Aku melihatnya dari sudut budaya dan agama. Dari segi budaya , majlis ini menambahkan kemesraan ibubapa dan masyarakat setempat dan memberi keyakinan kepada anak-anak. Dari segi ugama tidak dipertikaikan lagi .... Dan dari segi moral, ramai sungguh ibubapa yang gembira melihat anak mereka menerima hadiah dan sijil penghargaan..

Semoga tahun depan Anis pula akan khatam dan terus menjadi anak yg solehah

Amin...

Ahad, November 09, 2008

Sambutan Hari Raya Pulapipro Melaka 2008








Bulan Oktober Pulapipro berjaya mengadakan majlis sambutan Hariraya bersama anak-anak yatim Sultan Salahuddin Melaka. Seronok kerana berkesempatan bersama guru dan anak-anak yatim. Terasa insaf dengan segala nikmatNya. Sedikit ole-ole kutitip untuk mereka, semoga suatu hari nanti aku boleh mengikut jejak langkah jutawan Al-Bukhari dan Pengasas Yayasan Johor Corporation yang berjaya dan berjasa. Sesungguhnya kita warga Pulapipro bertuah diemkan dengan kelompok manusia yang tulus insyaallah.


Sedikit maklumat guru tentang perancangan koperasi Pulapipro dan Yayasannya dalam tempoh terdekat barangkali. Nampaknya kita akan meniti ranjau dan bukan lebuhraya dalam menuju matlamat , sudah ada sedikit rintangan dalam bentuk minda segelintir warga Pulapipro sendiri dalam perjuangan ini. Semoga Allah memudahkan perjalanan kita semua.


Sabtu, September 13, 2008

Surat pertama untuk Umi

Lama benar blog ini tidak dikemaskini...rasanya faktor Senai ..juga faktor pidato yang agak longkah di bibir ini..namun semangatnya masih jitu..ini aku pasti...





"Budak - budak bersampan kotak ,


Muatan sarat dengan ragi ,


Biar retak bumi kupijak ,


Pidato takkan kulepaskan lagi "







Rabu lepas Izzuddin , putera sulungku telah mengutus surat ..tangan ke tangan sebenarnya..amat mengujakan kerana dia menulis sendiri dengan kaedah ejaannya sendiri!!! bukan dengan bahasa tulisan tetapi bahasa gambar ...Baru 5 tahun...okaylah tu....







Aku sempat berkongsi surai itu dengan rakan Qimonda di Senai masa berbuka semalam....tetapi memandangkan mereka semua baru berkahwin dan kurang pengalaman sebagai ibu-bapa, mungkin tidak seberapa kesan yang berbekas di hai Ummi ini..





Seronok sungguh ...he is really a smart boy...




Selasa, Julai 01, 2008

Senai

Hari ini aku mula bertugas di Senai. Banyak benar delegasi yang perlu dilakukan untuk mengimbangi tugas domestik dan tugas kerjaya ...terutamanya anak-anak . Entah kan sampai 2 tahun di sini ..tapi 2 tahun memang tak lama, cuma aku berazam untuk melepaskan diri dari belenggu kilang ini secepat mungkin. Harga yang dibayar amat mahal dan cabaran terbesar adalah meningkatkan keberkesanan mendidik dengan sekelumit masa dan tanpa pengawasan di depan mata . Mata ketiga jualah yang diharapkan (pengasuh) .
Semoga semua pihak akan bersabar dan tabah...

Jumaat, Jun 27, 2008

Ulangtahun perkahwinan

Semalam 26.6.08 genap 9 tahun usia perkahwinan kami. Tiada yang lahiriah untuk dibanggakan namun yang penting semangat perkahwinan itu yang lebih penting. Sesungguhnya kami memang pasangan yang mencabar, yalah..masing-masing anak sulung , jurutera kilang yang gila kerja , gila mempertahankan pendapat masing-masing, aku dengan angin mengamukku dan Sang Pencinta dengan angin diamnya yang membatu. Kata zodiak, aku angin dan dia air , kata org Cina, aku anjing dan dia kambing , hmm ikut takwim hijrah , kami berdua warga Rabiulawwal, dihormati dan ikut kata orang tua-tua Melayu , rezeki kami murah sebab seorang tinggi dan seorang lagi rendang (dialah..)
Apapun kesabaran maha penting dalam perjuangan perkahwinan ini ...menyelami hati budi dalam sejuta kiasan amat mencabar , menghormati Sang Pencinta dan mencintai adalah dua perkara yang berada dalam dacing kasihku....Apapun aku amat bersyukur kerana aku tahu kami berdua memang ada semangat perjuangan masing-masing, tahu kelemahan masing-masing dan paling penting melengkapi jurang senggang masing-masing

Ini lagu yang mungkin menakrifkan sebahagian perasaanku padanya...

Ada cinta..

Nyanyikanlah kasih
senandung kata hatimu

Isnin, Jun 23, 2008

Jasamu dikenang

21 Jun 2008 sempurnalah sudah sambutan jasamu dikenang untuk PULAPIPRO Melaka . Hampir semua yang hadir termasuk Dato Syed , berpidato tentang perasaan kecintaan dan kekaguman terhadap arwah Ghafar. Aku turut hadir dalam pening yang tak menentu minggu ini, dan mengambil kesempatan mendeklamasikan sajak 'Memoir Untuk Ghafar' , tapi melihat kertas ..tak hafal sajak sendiri. C Salina ada mengutarakan usul menubuhkan syarikat untuk mengendalikan urusan pidato PULAPIPRO Melaka , "boleh juga menambah dana " dia ada menambah kata. Nampaknya dia juga sanggup melabur . Hmm...aku banyak mendiamkan diri sahaja , memimikirkan masalah logistik aku yang akan ke Senai, masa untuk kerjaya, keluarga dan perjuangan agama, bangsa dan tanahair ..Mungkin daripada 50% masa yang ada untuk keluarga aku hanya mampu menumbang hanya sekelumit ..harap Allah memudahkannya..

Seronok juga dengar pidato Dato' , menyegarkan sedikit buge dan petes yang dah berkarat juga di minda ini... Semoga Allah memudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat

Dan sajak sahabat dpd Pewaris arwah amat dibanggakan..

Selasa, Jun 10, 2008

Kesaktian sebuah senyuman


Minggu lepas, minggu pertama bulan Jun, penyakit sakit pinggangku datang balik, tambah lagi demam selsema semalam , tapi mujur tak teruk demam. Cuma kaki memang bisa-bisa.
Minggu lepas pun dah minta maaf dengan Sang Pencinta rupanya dia memang bengang pasal peristiwa Haqeem muntah tu...dan seperti biasa dia tak tahan mendengar sungutan aku ..hmm...seperti biasa, mengalahlah....(tak bererti kalah )

Teringat kata Fazilah Kamsah " Kita memang dikurniakan pasangan yang tidak sempurna supaya kita dapat mencipta kesempurnaan "
Yelah tu..betul sangat...

Tapi apapun, keletah Haqeem memang mencuit hati , dia berangan nak bersalji ....lantas aku pakaikan topi musim sejuk yg kubeli di Dresden dan muffler ..comel sekali.

Seperti kata guru "Percayalah kesusahan dan keperitan semalam dapat diringankan dengan kesaktian sebuah senyuman yang berbunga"

Jumaat, Mei 23, 2008

Memoir untuk Sahabat

Tanggal 17 Mei , kami di PULAPIPRO kehilangan seorang sahabat baik . Allah lebih sayangkannya dan hingga kini terasa bagai mimpi...
Aku , Pn Noridah , YD (Yang Dirindui) Lela Melaka, Hasilawati, Us Ali , Jamal antara yg hadir. Dato agak lewat sampai dan aku sendiri tidak kesempatan bertemunya (ke Batu Pahat kenduri kahwin K Atun)

Hmmm..beliau masih muda dan begitu berkarisma memimpin PULAPIPRO Melaka . Susah untuk mencari sahabat yang hanya dikenali melalui kuliah (yang aku sendiri sering tidak hadir), bisa dihormati dan didengari oleh pelajar berbilang latarbelakang . Teringat aku akan kuliah akhirnya sekitar April lalu , pada malam itu hampir semua hadir dan 'didera' menghafal falsafah dan sajak . Bagai tak percaya yang itu adalah kuliah akhir kendaliannya.

Sesungguhnya mati itu pasti, hargailah hidup sebelum mati, berbuatlah baik pada semua orang , make the best of everything , jangan cari musuh dan jangan jemu belajar dan terus belajar ...

Untukmu Al-fatihah dan sebuah sajak.


Di kedinginan malam
Ada bayu lembut yang menyapa
Memalingkan aku ke kenangan itu
Terbayang di mata
Pentas dan ruang adalah permainanmu
Nada dan jeritan semangat adalah lagumu
Tidak tertera langsung kepayahanmu
Memimpin dan mendorong kami
Mengasak minda dan bermentera dengan falsafah guru

Sahabatku
Mungkin kita semua disumpah sajak keramat guru
Pemergianmu dirindui, ketiadaanmu diratapi
Namun, kami akan terus mara
Berjuang dan terus berjuang
demi PULAPIPRO yang tercinta

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham En Ghafar b Osman .

Sabtu, Mei 03, 2008

Moblog

Alahai...dah hampir sebulan Sang Pencinta tiada di sisi..masih bekerja di Jakarta
Aku memang susah nak lelap awal kalau Sang Pencinta jauh...memang sindrom abang tak ada (S.A.T.A)

Ada teknologi menarik ..baru-baru ini aku telah ada laman web yang boleh dikemaskini melalui sms i.e blog melalui sms

singgahlah www.dapat.net/Tina

Hebat!!!

Jumaat, April 25, 2008

Hari lahir emak

19 Apr 2008 , genap 59 tahun umur mak.
AKu dan anak-anak bergegas ke PD pada petangnya , sempat juga belikan mak sepersalinan .
Sang Pencinta tidak turut serta kerana masih di perantauan Jakarta
Terharu juga bila mak cakap terimakasih bila aku nak balik ke Melaka keesokannya.
Sebegitu terharunya juga bila Idin mengucapkan terimakasih tatkala nampak aku pulang dari Giant membawa jajan kegemaran.

Apabila kesyukuran sedemikian diucapkan di atas pemberian yang begitu ringkas dan patut mahupun rutin , ia kedengaran begitu istimewa sekali.
Begitu juga aku teringat janji Allah yang akan menambahkan rahmat atas hambanya yang bersyukur.

Sang Pencinta ada mengirim sms yang menitip rindu pada anak-anak , begitu lembutnya jiwa seorang ayah walau di luar anak-anak sering menganggap Papa garang .

Tadi ada idea mendatangi fikiran , " curahkan ilmu anda"
pada siapa?
anak-anak bangsa

rasanya apabila aku mampu melakukan sesuatu dengan percuma itulah cinta kerjayaku yang sebenarnya

mungkin ia akan bertamu jua di minda ini

Hmm...seperti biasa , bila Sang Pencinta tiada di sisi pada malam hari , susah benar mata ini hendak dilelapkan....

Semoga Allah memberkati ayah bunda dan keluarga kami

Isnin, April 14, 2008

Waktu Malam dan PULAPIPRO Melaka

Guru ada mengatakan beliau menuntut ilmu pidato di pesantren pada waktu malam hingga larut malam

Waktu demikian amat efektif dan aku akui kelas PULAPIPRO yang juga diadakan menjangkau waktu demikian juga efektif sehingga pada minggu lepas ramai daripada kalangan kami di kelas mengakui rindu pidato sebab dah lama tak ke kelas



Dan rupa-rupanya pada waktu 12 pagi - 1 pagi cahaya putih menebari alam dan 1 pagi - 2 pagi cahaya merah mengambil tempat



rujuk ke snapshot artikel Dr Norhisham



"Menurut Dr. Norhisham Wahab, pukul 12 tengah malam hingga pukul 1 pagi alam dan segala hidupan diselubungi cahaya putih manakala pukul 1 pagi hingga pukul 2 pagi pula bertukar kepada warna merah jambu. Pada peringkat inilah kepekaan otak adalah pada tahap maksimum. Kita juga dilarang mengulangkaji pelajaran pada waktu-waktu pertukaran iaitu antara pukul tujuh hingga setangah pagi kerana pada waktu ini warna infra merah, merah, oren dan kuning akan berlaku dan membuatkan keseimbangan dalam tubuh kita menjadi terganggu. Begitu juga dengan pukul tujuh hingga tujuh setengah petang"



aku 'mengenali' Dr Norhisham melalui produk aura seri dan pakar herba merangkap tukang urut peribadiku juga pelajar baiknya



sila jelajah lebih lanjut...



http://husmawicvt.tripod.com/id7.html

Resume

Akhirnya aku akan bekerja di Senai juga .
Kurang masa dengan anak-anak dan suami , tetapi 'worst case' aku mesti menggunakan teknologi untuk menggunakan cyber space sebagai pengganti , harapnya Sang Pencinta setuju .

God , I love him madly...

Hati tidak rela keluarga berpindah ke sana tetapi dari segi karier memang bagus , apalagi bila memikirkankan semakin ramai bunga bangsa di situ . Kalau nak memikirkan diri sendiri rasanya tidak perlu ke sana pun mungkin aku boleh dapat kerja di tempat lain . Faktor ada boss Melayu dan ramai jurutera Melayu itu adalah faktor peribadi yang sememangnya sebahagian daripada perjuangan ini .



Aku terbaca artikel menarik mengenai konsep kerjaya cemerlang

seorang karyawan Moss berkata dia adalah 'corporate entrepenuer' , bekerja sepenuh masa di pejabat , menerbitkan kejayaannya di 'value blog' , menulis buku dan menjadi hos radio , semuanya atas tajuk kerjayanya

Ini konsep menarik .

Moss mampu menjadi kuli dan tauke pada masa yang sama

Lantas, aku menata resume diriku ....


http://hotjobs.yahoo.com/resumes/tina.johan/kjapr2008

Isnin, Mac 24, 2008

Hati seorang ayah

Hari ini aku ke PD menghadhiri mesyuarat Mayang Sari Beach Resort .
Kesimpulan yang kubuat : jika ilmu pengurusan kita kurang , maka ketelusan dan niat murni kita tidak kesampaian dan professionalisme hilang .
Walaubagaimanapun, kena jugalah aku menata-riaskan unit A710 dengan duit sendiri dan atas nasihat kawan-kawan yang pernah mengambil skim rent-back , untungnya tidak seberapa .
Harapnya adalah rezeki tahun ini...

Anak-anak tinggal di rumah dan Sang Pencinta pula ke Formula 1 , memang tiap-tiap tahun tak pernah lepas peluang ke Sepang.
Rupa-rupanya masa aku belum sampai ke rumah , Idin dan HQ 'berperang' macam biasa dan Papa ada 'menghukum' Idin (dia sampai ke rumah dulu). Patutlah aku sampai saja, Idin terus melaporkan yang dia telah minta maaf dengan HQ . Dan Papa kata " nanti Papa tidur dgn Idin malam ni, ganti apa yg Papa buat tadi"

Tersentuh jua hati mendengar kata-kata Sang Pencinta. Tersenyum sendiri dan berbunga juga hati ini. Yalah , kadang-kadang kita pandang seseorang itu hanya dengan pandangan kasar dan sesekali bila kita pandang peribadi yang halus (Sang Pencinta) itu dengan mata hati , sememangnya Papa memang seorang yang penyayang.

Cuma, kita mestilah pandai menterjemahkan sayang seseorang itu kerana setiap orang ada bahasa sayangnya yang tersendiri...dan ilmu ini memakan tahun ..dan Maulud Nabi tahun ini juga adalah ulangtahun perkahwinan kami ke 9

Semoga Allah memberkati keluarga kami dan keturunan kami, Amin.

Khamis, Mac 20, 2008

Warisan

Kegoyahan BN ketara sungguh ..tapi itu hanya satu parti
Namun yang menang sorak kampung tergadai adalah Melayu
Kerana
Bangsa Melayu memang bangsa yang sangat halus dan tinggi emosinya
dan
Kita memerlukan Melayu yang tajam akal, tajam lidah dan tajam emosinya

Barulah seimbang

http://


Lagu Warisan ini memang menyentuh hati....



WARISAN
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini


Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini


Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan

Aku lah penyambung warisan

Selasa, Mac 18, 2008

Pilihanraya dan N82

Pilihanraya 8Mar ke 12 mencatat sejarah . Buat kali pertama dalam tempoh 50 thn kemerdekaan , BN dinafikan 2/3 majoritinya dalam Parlimen .

Hmm..seminggu jugalah aku bersengkang mata menjenguk blog yang panas-panas. Yang paling penting, apa yang boleh dipelajari dalam PRU12 ini, kuasa pidato memang jelas dan nyata .



Benarlah kata guru "Orang yang bijak, bercakap kerana ada sesuatu yang ingin disampaikan, sedangkan orang yang kurang bijak, bercakap hanya semata-mata untuk bercakap"




Seperti kata guru saya " Apabila anda berjaya menguasai ilmu, maka anda berjaya menguasai dunia "



dan ilmu and pidato bagai ombak dan pantai , tidak bisa dipisahkan di samudra pengetahuan alam ini.

Kebetulan pula telefon aku yang lama sudah usang , maka kubeli telefon baru .

Dan teknologi N82 ini memang mengkagumkan.....

Ahad, Februari 24, 2008

L'amore vincerĂ  ~~~Love is gonna win

Hmm tengah seronok dengan lagu Itali ni nyanyian Josh Groban.
Masa bercinta memang semuanya indah dan perasaan yang wujud kala itu memang mengasyikkan dan serba serbi berlaku dengan keajaiban.
Banyak kali , aku bisa merasa kehadiran Sang Pencinta walaupun kehadirannya tidak diberitahu, seperti ada mata ghaib yang melihat dan seperti ada getaran lain yang lebih peka dpd seluruh lima deria yang ada ..Oh.....indahnya ciptaan Allah ini,

Sampai kini , dengan sifatnya yang teramat misteri , kami saling berbicara dalam diam , payah...ada juga bahayanya tapi yang penting , percaya dan redha ....

Maka semua yang tersurat dlm lirik ini memanglah apa yang pernah tersirat dlm hidup ini , juga aku pasti dialami oleh orang lain ..

For You (Per Te)

I smell in the air the scent of you
Little dreams had lived with me
Now I know, I don’t wanna lose you
That sweetness which has no age
Your beauty has no rivals
My heart wants only you
For you, For you, I’ll live
Love is gonna win
With you, With you,
I’ll haveHundreds days of happiness
Hundreds nights of serenity
I’ll do what you’ll ask me to
I’ll go always anywher you go
I’ll give all the love I feel for you
Tell me that you know the future, yet
Tell me that this is not gonna change
Without you I don’t wanna exist
For you, For you, I’ll live
Love is gonna win
With you, With you,
I’ll haveHundreds days of happiness
Hundreds nights of serenity
I’ll do what you’ll ask me to
I’ll go always anywher you go
I’ll give all the love I feel for you
I mustn’t say it to you, by now you know it
That I would die without you
For you, For you, I’ll live
Love is gonna win
With you, With you,
I’ll doEverything you’ll ask me to
I’ll go always anywher you go
I’ll give all the love I feel for you

Titipan keramat HAMKA

Aku sangat tertarik dengan kata-kata ini, yang dipetik daripada 'peribadi' tulisan HAMKA.
Begitu selari dengan konsep perjuangan PULAPIPRO juga senada dengan perjuangan guru

"Takut gagal adalah takut yang sejati
Takut mati adalah mati sebelum mati
Hidup itu ialah gerak dan gerak itu ialah maju , berjuang dan naik, dan
jatuh dan naik lagi. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok , sebab itu kita
tidak ada masa yang harus terbuang.

Seperti bangsa ,dahulu kita berjuang mengusir penjajahan. Setelah merdeka,
kita berjuang mempertahankan kemerdekaan, dan setelah diakui kemerdekaan itu , kita
berjuang mengisinya supaya bangsa dan negara kita berdiri dan terus
hidup .
Apabila perjuangan telah terhenti , apabila kesulitan tidak ada lagi , apabila
kita sudah puas dengan apa yang kita ada, ertinya matilah
negara kita dan
kita sendiri"


malam tadi dapat lagi satu ilmu dpd Ust Ali Soufi , semasa mesyuarat Pulapipro Melaka bahawa ilmu adalah pelajaran dan akhlak tu datang drpd didikan .

Maka didalam suatu rumah , mesti ada satu rotan yang menggambarkan perlaksanaan didikan itu. Bukan untuk digunakan ketika kita marah sebagai ibubapa tetapi sebagai pengajaran untuk mendidik anak bangsa .

Satu lagi petikan dpd buku peribadi HAMKA

Akal pemandu jiwa

Ilmu pemandu akal

Lidah yang fasih pemandu ilmu


Rabu, Februari 20, 2008

Sistem and ghairah

Lama dah tak menulis ...hmm katakunci sekarang ni di minda adalah..bagaimana mengsistemkan keghairahanku supaya hidupku sempurna seadanya ...

Bila aku ada sistem yang ditakrifkan begini:

S= Systematize
Y= Your
S= Strategy
T=To
E=Efficiently
M=Manage

dan aku sebagai bahannya

T=Talented
i= Inspirational
n=Never give-up
a=Active

Maka , sinerginya mungkin persyarikatan diriku iaitu


Tina Inc

Yeah...Tina Inc ....konsep ini aku jumpa di buku-buku Tom Peters , seorang guru hebat di bidang organisasi

My passion? ataupun keghairahanku

I like to see people inspired
I love to speak
Amazed by people achievement is any area of life
I cannot refuse to give directions (statistically true)
I love smiles
I love children and see them grow
Developing likeliness in establishing systems in communications (new hobby)

sedikit pesanan dpd HAMKA

"Takut gagal adalah gagal yang sejati
Takut mati adalah mati sebelum mati'

Selasa, Februari 12, 2008

YouTube - once dealova

YouTube - once dealova

Ohhh Karena Langkah Merapuh Tanpa Dirimu ...

Hari cuti nan indah

Sempena Tahun Baru Cina ni , aku balik PD sekeluarga. Memang payah dapat ke PD sekeluarga sebab Sang Pencinta kadang-kadang ada program sendiri di Kajang, Kelantan atau di tempat-tempat lain .
Tahun ni juga aku menyaksikan PD penuh sesak sampai kereta merangkak-rangka di Teluk Kemang !

Nampaknya Sang Pencinta gembira sungguh melayan kerenah anak-anak saudara yang kebetulan juga bercuti di PD (dpd Kubang Kerian). Ada juga perangainya yang kita tidak pernah nampak di rumah sendiri kerana anaknya sendiri tak pernah 'menyakat' P Long sedemikian rupa : ))
Tersenyum aku dalam hati (Contoh : "P Long tak baca doa makan ke? tanya si kecil Diah kerana dia tak dengar suara P Long baca Bismillah kot )

Nampaknya kesan perang besar tempoh hari juga sudah tinggal bekas sahaja di hati. Hmm bila berada di tempat lain lega juga rasanya kepala ni daripada masalah biasa.

Moral: Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri . Perang emosi mesti ditangani dengan professional.

Perbincangan terbuka: Ada tak kelas professional untuk pasangan suami isteri ?
Idea kreatif : Buka halaman untuk graduan , tips pembentangan and tips temuduga, tips kertas kerja . Promote dulu , get rappo and then see what returns you can get from there , maybe just friends, fans or money?

Ada hobi baru sekarang ni: melatih telinga mendengar classical music. Tujuannya untuk melatih sensationale dalam diri
Diiringi dengan keazaman untuk mendalami seni suara dalam mengaji, menyanyi dan berpidato

Jumaat, Februari 01, 2008

Kuasa Ibu melentur buluh

Setelah membaca beberapa bab buku " Screw it,just do it " oleh Richard Branson , pemilik Virgin ..sesungguhnya pepatah Melayu ini memang betul . Semangat entrepeneurial dalam keluarga yang banyak membakar semangat beliau untuk berani dan percaya kepada diri sendiri. Ibunya pula sentiasa berkata " I know you can do it " . Seawal usia 4 tahun , ibunya sudah mencabarnya melakukan kerja yang biasanya tidak dilakukan oleh rakan sebayanya . The point is , his mother is an entrepeneur and he is just a product under the making since he is born.



Challenge yourself to do things that you 'know' you do not like to do

The subconsous mind will pick it up and build a program in your mind


Your body will react


Tak mudah tapi mampu dilakukan




Selasa, Januari 29, 2008

Pemidato Melayu Malaysia

Ahad lepas (27 Jan 2008) cukup 2 tahun umur PULAPIRO. Aku berkesempatan menghadiri majlis sambutan harilahirnya di SIRIM, Shah Alam. Sesungguhnya di pusat inilah aku bertemu dengan seorang guru yang dedikasi , sahabat-sahabat yang tulus dalam perjuangannya serta pejuang-pejuang Melayu yang berteraskan imu insyaallah. Pidato juga mengajar aku erti perjuangan dan memaksa aku sentiasa positif dalam hidup . Juga mengingatkan aku kesinambungan bangsa ketuanan Melayu .

Teringat akan arwah abah dan kata-kata inspirasinya, kadang-kadang tatkala menghafal falsafah seolah-olah terdengar suaranya berbisik kepadaku.

I really miss him , Al-Fatihah ....
dan PULAPIPRO adalah pengganti pembekal semangat itu
Semoga generasi kami sentiasa dibasahi rahmat Allah ini...Amin

Hebat PULAPIPRO dan semoga akan ada seorang 'orator' selepas Sukarno di Nusantara ini dari PULAPIPRO

Pemidato Melayu Malaysia !

Isnin, Januari 28, 2008

Aku cinta padamu sampai mati

Jumaat lepas, dengan tak disangka-sangka, aku dan Sang Pencinta perang emosi..boleh tahan seriusnya .

Puncanya , mulut aku dan silapnya (always think that it is my fault first) aku terrrrlupa ada beberapa perangai keramat aku yang sensitif di mata hati jiwa Sang Pencinta yang terpacul keluar (padahal pada mata hati jiwa rakyat biasa bunyinya biasa sahaja)

Moralnya: Manusia mudah lupa dan itulah yang terjadi padaku

Cabarannya: elakkan bergibran dengan Sang Pencinta

Yang menariknya : Dalam masa 1 jam insiden itu berlaku , aku berjaya meluahkan sikit perasaan marah tu selama 20 minit (di belakang Sang Pencinta) dan terus minta ampun maaf (cium tangan macam biasa) bila dia menegur keterluahan rasa yang melonjak itu (sampai boleh dengar pintu berdentum dari ruang tamu di tingkat bawah).

Tapi dalam masa 36 jam lepas kejadian itu , Sang Pencinta membatukan diri sebatu-batunya dan begitu juga saya (even lovers need a holiday).

Aku rasa mengambil ruang untuk menenangkan diri itu adalah perkara sihat.

Falsafah cinta: After all these years , why give-up now ? Failure is part of learning process and is a precondition for success .

What matters are what we learn after the incident

Falsafah guru di PULAPIPRO : Jika anda tidak dicerca, dipuja dan diperkatakan tentang diri anda, maka anda belum lagi aktif dan berjaya



dan selepas 48 jam..aku masih mencintainya.....

Ahad, Januari 20, 2008

Kunjungan adik dan ibu pada hari Asyura

hari Asyura penuh dengan peristiwa besar nabi-nabi dan hari ini

Cik Man sekeluarga dan mak datang berkunjung , kita berpeluang menaiki bot di menyusuri sungai Melaka, Papa pun ada sekali , tu yang seronok tu...ambil tiket di Taman Rempah dan senang pula dapat parking kereta.

Tengah hari pula singgah minum air kelapa gula melaka serbat di Cheng , sedap!!!

Makan di gerai ikan bakar Cheng Heights , ni memang sedap!!!

Petang, aku belikan basikal untuk anak dua ..dah berhari-hari Haqeem merengek nak basikal ...dan Zuddin memang abang yang baik , pandai mengalah pada adik yang nakal (dua basikal aku beli sekali)

Pengajaran hari ini: Kita mesti yakin dengan pasangan kita selalu :)) dan kalau dah berjanji kenalah ditunaikan walau pada si kecil

Isnin, Januari 14, 2008

Bulan sambutan hari lahir


Hari ini Haqeem 4 taahun dan Idin sudah 5 tahun 7 hari ...

Seronok tengok anak-anak suka .

lagi seronok tengok sekeluarga sama-sama suka
Kek tu Neni sponsor , dia sayang banget ama Haqeem ...tak taulah nanti bila dia dah berhenti katanya tahun ni
Cabaran lagi untuk cari pengganti
Moral : setiap keselesaan ada harganya, samada hati, harta dan masa

Sabtu, Januari 12, 2008

2008 dan Maal Hijrah

Sekali imbas nampaknya tahun 2007 membuktikan bahawa matlamat yang tertulis akan lambat laun terlaksana
Keperkasaan sub-consious mind memang terbukti, sekurang-kurangnya pada azam spiritual saya i.e mengaji dan berterawih pada Ramadhan dan mengawal perbelanjaan (cash flow)
Cuma , misi saya tahun ini (dan juga suami walau pun dalam bidang berbeza) ialah .....panjangkan akal, panjangkan langkah (extend my means , extend my limit)
Go get it girl !!!!
2 tahun lagi , dunia kilang akan semakin mudah ditanganku dan dunia merdekaku akan semakin menjelma di alam nyata

aku suka masak , menghiburkan orang , dan bercakap ....

so what is my best vocation ???