Subscribe Now: Feed Icon

Selasa, Januari 29, 2008

Pemidato Melayu Malaysia

Ahad lepas (27 Jan 2008) cukup 2 tahun umur PULAPIRO. Aku berkesempatan menghadiri majlis sambutan harilahirnya di SIRIM, Shah Alam. Sesungguhnya di pusat inilah aku bertemu dengan seorang guru yang dedikasi , sahabat-sahabat yang tulus dalam perjuangannya serta pejuang-pejuang Melayu yang berteraskan imu insyaallah. Pidato juga mengajar aku erti perjuangan dan memaksa aku sentiasa positif dalam hidup . Juga mengingatkan aku kesinambungan bangsa ketuanan Melayu .

Teringat akan arwah abah dan kata-kata inspirasinya, kadang-kadang tatkala menghafal falsafah seolah-olah terdengar suaranya berbisik kepadaku.

I really miss him , Al-Fatihah ....
dan PULAPIPRO adalah pengganti pembekal semangat itu
Semoga generasi kami sentiasa dibasahi rahmat Allah ini...Amin

Hebat PULAPIPRO dan semoga akan ada seorang 'orator' selepas Sukarno di Nusantara ini dari PULAPIPRO

Pemidato Melayu Malaysia !

Tiada ulasan: