Subscribe Now: Feed Icon

Isnin, Mei 04, 2009

Ada apa dengan pidato

Semalam tanggal 3 Mei Pulapipro mengadakan majlis ramah mesra di Pusat Belia Antarabangsa , Cheras . Bernuansakan santai dan berteraskan silaturrahim , majlis berjaya disempurnakan dengan pidato hebat guru dan pelajar-pelajarnya.
Agak berbeza majlis ramah mesra ini kerana tiada bertema dan tidak berprotokol seperti selalu. Tiada juga AJK majlis seperti kebiasaannya . Maka pidato yang dipersembahkan amat bersahaja dan tulus dari lubuk jiwa.
Dato Dr Syed Ahmad menuturkan strategi Pulapipro dalam masa terdekat dan jangka panjang. Antara yang terngiang di telingaku sewaktu mendengar pidato beliau ialah sebuah buku bertajuk "Rahsia Jutawan Pidato" . Hmmm tidak mustahil kerana di internet sudah banyak Universiti yang berteraskan 'speaking industry' yang mengamalkan kaedah Networking. Kalau itulah yang sebenarnya perancangan Pulapipro, kita bakal merintis jalan kejayaan Insyaallah !

Seperti kata guru " Dengki khianat adalah cabaran sukar untuk mendaki. Manakala motivasi diri adalah tali yang menarik anda ke puncak. Justeru itu dakilah ke puncak jaya"

Adalah mengujakan juga melihat suasana kemeriahan majlis dengan merasakan getaran dan tenaga yang berkisar di sekeliling tetamu . Sebagai seorang warga Pulapipro kita dilatih menajamkan segala deria yang enam dan entah kenapa deria keenam itu semalam sedikit peka menujah emosi .
Itulah antara kelebihan pidato , ia mendekatkan kita pada Allah, mengajar kita mengkagumi KeEsaanNya dan melatih kita menggunakan seluruh pancaindera untuk terus hidup dengan cemerlang di muka bumi ini sebelum kita dijemput pergi.

Benarlah kata ahli psikologi Hans Selye " Kehausan kita kepada penghargaan sama besarnya dengan kebencian kita kepada cercaan" .

Setiap manusia dahagakan rasa itu...rasa menjadi penting . Maka apa jua cara dilakukan untuk mendapatkan status penting itu. Dan dalam majlis seperti semalam , kedahagaan itu amat ketara. Mungkin kerana nuansa santai itu sendiri.


Jumpa anda di puncak jaya.

Tiada ulasan: