Subscribe Now: Feed Icon

Sabtu, Mac 07, 2009

senaman kritis Mak Senik

Kelmarin, hari Khamis sakit belakangku semakin teruk. Sukar sekali aku hendak berdiri dari duduk . Terasa seperti umur sudah tua . Maka aku berkunjung sekali lagi ke teratak Mak Senik di Jln Muar, Yong Peng.
Hebat sungguh wanita ini yang seharusnya kugelar nenek tetapi dek rupa parasnya yang jauh lebih muda ...tak sampai hati pula.
Ini kunjungan kali kedua . Kali ini beliau berjaya menemukan punca sakitku yang sebenarnya berkisar di bahagian kaki . Beliau juga mengajar aku beberapa senaman yang kukira kritis untuk wanita . Baru beberapa minit aku sudah berpeluh-peluh apabila cuba menuruti gerak lakunya bersenam. Lain kali aku akan merakamnya supaya ilmu ini tidak hilang ditelan zaman.
Apabila kita menghargai ketamadunan kita sendiri barulah sebenarnya ilmu dahulu kala bisa diperkembangkan. Kelemahan bangsa kita ini sebenarnya adalah pengdokumentasian or documentation. Banyak ilmu berharga yang tidak bisa diperturunkan kerana kehilangan catatan dan kehlangan pengamalnya. Apatah lagi sekarang , dengan masalah bahasa yang tenat menyukarkan lagi usaha murni yang menjurus ke arah ini. Mana mungkin kita bisa menggali khazanah bangsa jika kita sendiri gagal membesarkan jiwa kita sebagai bangsa Melayu.
Melayu itu sifirnya berbahasa Melayu dan beragama Islam.

Seperti kata pantun Melayu " Semangat cekal jiwa berani, sekali genggam menjadikan bara, perubahan sikap harus diuji , kelak sampai ke puncak jaya"

Kita sepatutnya sudah ada Universiti Perubatan Tradisi kita sendiri dan aku percaya , atas dasar ilmu , apa jua yang memberi kebaikan kepada manusia , ia akan dihargai.

Seperti kata falsafah " Hiduplah untuk berbakti kerana orang yang berbakti akan terus hidup namanya walaupun mati"

Esok lusa di mana kita bisa mencari penawar kepada segala macam penyakit yang melanda jika ilmu ini tidak dijaga .

Semoga Allah memurahkan rezeki kalian.

Tiada ulasan: