Subscribe Now: Feed Icon

Ahad, November 16, 2008

Majlis Ikhtifal & Khatam PASTI Nurul-Aini 2008

Semalam Sabtu 15 Nov, aku dan Anis menghadiri majlis tersebut di atas di PASTI . Anis masih belum khatam tapi turut meraikan majlis . Entah kenapa terasa sayu dan insaf berada di majlis itu . Tersentap jua jiwa ini dengan kealpaanku dengan Al-Quran. Betapa jauh ingatanku kepada kitab Allah ini jika dikira dengan amalanku. Menatap ayatnya sahaja diberi pahala dan amalan sebegitu pun jarang tersulam di ruang waktu ini...semoga ada perubahan

Seperti kata guru " Jika anda tidak boleh mengubah diri maka anda tidak boleh mengubah apa-apa"

Melihat atuk atuk yang mempengerusikan majlis dan kesungguhan mereka yang tua meneruskan tradisi ilmu aku begitu kagum dan insaf . Kita yang muda pun tak tentu mampu menyumbang keringat begitu, Astaghfirullah dan Alhamdulillah , bertemu jua kita di arena ilmu ini.

Teringat kata falsafah guru di Pulapipro " Hiduplah untuk berbakti kerana orang yang berbakti akan terus hidup namanya walaupun mati"

Sempat juga berkenalan dengan nenek Fatimah yang juga guru mengaji yang meraikan cucunya yang khatam hari itu. Dia menjelaskan betapa pentingnya majlis sebegini supaya tidak lapuk ditelan zaman. Aku melihatnya dari sudut budaya dan agama. Dari segi budaya , majlis ini menambahkan kemesraan ibubapa dan masyarakat setempat dan memberi keyakinan kepada anak-anak. Dari segi ugama tidak dipertikaikan lagi .... Dan dari segi moral, ramai sungguh ibubapa yang gembira melihat anak mereka menerima hadiah dan sijil penghargaan..

Semoga tahun depan Anis pula akan khatam dan terus menjadi anak yg solehah

Amin...

Tiada ulasan: