Subscribe Now: Feed Icon

Isnin, Oktober 01, 2007

Cukup bulan bayar hutang

Masa nak bayar hutang dah tiba dan aku hanya ada satu periuk sahaja nak dikorek , iaitu gajiku...
aku berazam nak berhenti guna non-islamic card , macam -macam cas, gila babi dibuatnya
jadi mulai 1 Oktober pakailah kad bank islam , mudah , apa yg dipakai itu sahaja yg kena bayar
yg lain tu hanya kekalkan untuk bayar insuran dan installment
Peta minda kewangan aku pun makin senang dilukis , teknik TOny Buzan memang bagus , la ni aku tengah bagi jurutera baru aku pinjam buku tu
Dalam berita harian hari ni , catatan Johan Jaafar " industri buku Melayu (1.3 juta?) lebih kecil daripada industri ayam daging (1.5 juta) ..
Aku teringat petikan sebahagian Sajak PULAPIPRO ..
"wahai bangsaku pidato nusantaramu telah membijaksanakan berfikir , memandu minda mengatur budaya, memercik mutiara ilmu, mengangkat martabat warga ke persada dunia, ke pentas antarabangsa"
Walau tak belajar ilmu pidato pun, aku memang kaki buku , tetapi kuliah pidato mentelah lagi telah memaksa aku lebih banyak membaca , mengasak aku lebih banyak berfikir, kalau tidak mana mampu nanti aku berbicara , meluahkan kebijaksanaan seperti yang dilatih oleh guru..


Misi seterusnya, menyahut seruan arwah abah..aku mohon petunjuk dari Allah untuk aku lebih terurus mendidik hati, agar bisa aku menjadikan Allah sebagai majikanku

Tiada ulasan: