Subscribe Now: Feed Icon

Sabtu, Julai 17, 2010

Semangat pidato di perkuliahan sulung

Minggu ini adalah minggu pertama aku mengajar di UMP. Syukur kerana pengalaman berkursus dan mengendalikan pelajar masa dengan PULAPIPRO dulu banyak menolongku . Taklah rasa 'gabra' sangat dan aku perhatikan tiada lagi pelajar yang tidur. Siap suruh baca ikrar lagi masa nak mula kelas. Haii...rindu betul pada sahabat dan guru sekalian...rasa macam terputus talian hayat juga kengkadang tu...tapi semangat masih ada cuma amalan sahaja yang kurang. Ada rezeki kami akan dipertemukan lagi .

Apapun, minggu ini adalah 'baselining' process untuk kelas pelajar baru...yelah kita pun tak tahu budak-budak ni setakat mana keterujaan mereka dalam menghadiri kelas, jadi kena banyak psikologi nampaknya.

Semoga sahabat Pulapipro dan Akademi selalu sihat dan dipermudahkan segala urusan , Amin

Isnin, Mac 29, 2010

Langkah pertama adalah harapan!

Alhamdulillah, I have to mark this milestone ...I made my first blog with my clickbank he he ...after so many confusions ...I just did it. I don't care whether it made sales or not.
I just did it!

seperti kata guru saya " Langkah pertama adalah harapan, sedangkan tidak melangkah langsung tiada harapan "

Great !!!

Khamis, Disember 24, 2009

Ayam oren vs Ayam Merahyp

Dah lama tak menulis di blpg klasil ini, salam maal hijrah 1431 ;ini memang tahun hijrah buat ku, aku bertukar kerjaya,bertukar negeri dan bertukar mentaliti. Amat mengajaibkan kalau apa yg selama ini kita bayangkan menjadi kenyataan.Yelah dulu berangan nak kerja bukan kilang , sekarang dah dapar t
walaupun mulanya tak serius tapi dimp.udahkanNya pulak.Aku selalu berfantasi Sang pencinta mengasihiku dengan kemesraan yang Ahh.. nampaknya ada kemajuan,Alhamdulillah! Yakin pada Allah.
Makan di RFC adalah sesuatu yang berlainan..latar oren dan muzik nasyid menisi pancaindera.Pelanggan majoriti Muslim. Sepeeri kata falsafah pidato, "angan-angan mebghasilkan benih cita -cita...munkin Rfc pun dalam anganan tokehnya dulu

Isnin, Mei 11, 2009

Pertandingan pidato belia negara peringkat negeri Melaka




Hari Ahad 10 Mei , Pulapipro Melaka telah mengambil bahagian di dalam pertandingan pidato belia negara peringkat negeri Melaka tetapi bukan sebagai peserta .

Aku, Jamal dan Jamil telah dilantik menjadi hakim , Cikgu Salina turut membarisi panel sebagai juruaudit kami dari segi permarkahan dan pencatat masa.

Rata-rata peserta mempunyai keyakinan diri yang tinggi semasa beraksi di pentas. Gejala mati akal diperhatikan dan ramai juga yang bermasalah dengan intipati tajuk pidato yang diberikan. Amat mengujakan melihat semua tuturan guru mengenai teknik - teknik berpidato dan kesannya jika ia tidak diamalkan jelas terlihat di depan mata di dalam segelintir peserta.

Terlintas jua di benak fikiran betapa cacatnya pidatoku kerana aku sering tidak menyanyi , melontarkan gibran dengan mantap dan berbagai-bagai kegersangan lagi dalam ilmu pidato. Namun guru kami amat besar jiwanya ..sabar dan tekun menuntun kami dari buta-pidato sampailah celik pidato dan sekarang ini kami para sahabat berjuang untuk cerdik-pidato supaya generasi kami tidak buta seperti kami dahulu.

Amat menarik juga , bila kita duduk sebagai pemerhati , sentuhan pidato merupakan elemen penting yang bisa membezakan antara pemidato sebenar atau sekadar pembaca teks pidato. Kita boleh merasakan perjalanan minda pemidato yang dizahirkan dengan pidato yang spontan dan bersahaja dan kita boleh merasakan keterabaan minda pemidato yang hanya sekadar menghafal teks . Secara ringkas , JIWA PIDATO itu sendiri yang akan mencuit sanubari kami para juri dan juga KEIKHLASAN dalam berpidato . Apabila kedua-dua elemen tadi bercantum dan digarap rapi , akan ada satu saat dimana bulu roma kita akan meremang....tatkala kita mendengar pidato sejitu itu ....mungkin itulah 'pukau' ala pidato !

Seperti kata falsafah , "orang yang bijak bercakap kerana ada sesuatu yang ingin disampaikan, sedangkan orang yang kurang bijak bercakap hanya semata-mata ingin bercakap"

Isnin, Mei 04, 2009

Ada apa dengan pidato

Semalam tanggal 3 Mei Pulapipro mengadakan majlis ramah mesra di Pusat Belia Antarabangsa , Cheras . Bernuansakan santai dan berteraskan silaturrahim , majlis berjaya disempurnakan dengan pidato hebat guru dan pelajar-pelajarnya.
Agak berbeza majlis ramah mesra ini kerana tiada bertema dan tidak berprotokol seperti selalu. Tiada juga AJK majlis seperti kebiasaannya . Maka pidato yang dipersembahkan amat bersahaja dan tulus dari lubuk jiwa.
Dato Dr Syed Ahmad menuturkan strategi Pulapipro dalam masa terdekat dan jangka panjang. Antara yang terngiang di telingaku sewaktu mendengar pidato beliau ialah sebuah buku bertajuk "Rahsia Jutawan Pidato" . Hmmm tidak mustahil kerana di internet sudah banyak Universiti yang berteraskan 'speaking industry' yang mengamalkan kaedah Networking. Kalau itulah yang sebenarnya perancangan Pulapipro, kita bakal merintis jalan kejayaan Insyaallah !

Seperti kata guru " Dengki khianat adalah cabaran sukar untuk mendaki. Manakala motivasi diri adalah tali yang menarik anda ke puncak. Justeru itu dakilah ke puncak jaya"

Adalah mengujakan juga melihat suasana kemeriahan majlis dengan merasakan getaran dan tenaga yang berkisar di sekeliling tetamu . Sebagai seorang warga Pulapipro kita dilatih menajamkan segala deria yang enam dan entah kenapa deria keenam itu semalam sedikit peka menujah emosi .
Itulah antara kelebihan pidato , ia mendekatkan kita pada Allah, mengajar kita mengkagumi KeEsaanNya dan melatih kita menggunakan seluruh pancaindera untuk terus hidup dengan cemerlang di muka bumi ini sebelum kita dijemput pergi.

Benarlah kata ahli psikologi Hans Selye " Kehausan kita kepada penghargaan sama besarnya dengan kebencian kita kepada cercaan" .

Setiap manusia dahagakan rasa itu...rasa menjadi penting . Maka apa jua cara dilakukan untuk mendapatkan status penting itu. Dan dalam majlis seperti semalam , kedahagaan itu amat ketara. Mungkin kerana nuansa santai itu sendiri.


Jumpa anda di puncak jaya.

Khamis, April 16, 2009

Antara Kemerdekaan dan Keupayaan

Hari ini hampir sebulan aku berada di daerah zon bebas-kilang . Semenjak diberhentikan kerja bulan lepas , banyak juga perkara baru yang berlaku. Yang pertama, perasaan bebas berkarya dan penerobosan minda ke wilayah idea yang sangat luas. Cuma sekarang , bagaimana harus ku janakan idea itu ke arah pengaliran Ringgit tunai.
Ramai orang menjadikan aku sasaran untuk JV dan sebagainya . Hatta keluarga mentua juga berpendapat yang sama , aku ni lebih baik kerja sendiri . Berat mata memandang , berat lagi bahu memikul .
Setakat ini pencapaian ku :
1) Aktif :Agen menjual emas jongkong
2) Aktif:Ahli Lembaga pengarah syarikat berorientasikan 'service provider'
3) Perancangan :Agen Tinamillion_telekung
4) Potensi : Tinamillion_seminars
5) Potensi : Tinamillion_health_shop

Rasanya , banyak yang ke arah service oriented .

Yang terfilkir:
1) Translation
2) Packaging info
3) Blog lain ?

Outlook:
1) PULAPIPRO
2) MOZEK

ada juga ketikanya yang kepala ni rasa overloaded ....ha ha ...

Hmm kenalah update profile ....ibu berkerjaya sendiri.......

Sabtu, Mac 07, 2009

Web word processor for my blog

Hmm...banyak benar maklumat tentang blogging..cuma tunggu masa nak bertindak. Terjumpa pulak dengan word processor ini, is percuma dan berfungsi sebagai perantara dengan blog sahaja.

Well, this is my test run....live from the WriteToMyBlog itself..

http://writetomyblog.com