Semalam 26.6.08 genap 9 tahun usia perkahwinan kami. Tiada yang lahiriah untuk dibanggakan namun yang penting semangat perkahwinan itu yang lebih penting. Sesungguhnya kami memang pasangan yang mencabar, yalah..masing-masing anak sulung , jurutera kilang yang gila kerja , gila mempertahankan pendapat masing-masing, aku dengan angin mengamukku dan Sang Pencinta dengan angin diamnya yang membatu. Kata zodiak, aku angin dan dia air , kata org Cina, aku anjing dan dia kambing , hmm ikut takwim hijrah , kami berdua warga Rabiulawwal, dihormati dan ikut kata orang tua-tua Melayu , rezeki kami murah sebab seorang tinggi dan seorang lagi rendang (dialah..)
Apapun kesabaran maha penting dalam perjuangan perkahwinan ini ...menyelami hati budi dalam sejuta kiasan amat mencabar , menghormati Sang Pencinta dan mencintai adalah dua perkara yang berada dalam dacing kasihku....Apapun aku amat bersyukur kerana aku tahu kami berdua memang ada semangat perjuangan masing-masing, tahu kelemahan masing-masing dan paling penting melengkapi jurang senggang masing-masing
Ini lagu yang mungkin menakrifkan sebahagian perasaanku padanya...
Ada cinta..
Nyanyikanlah kasih
senandung kata hatimu
Kata prinsip guru "Kenangi sebuah pertemuan, kerana disitu adanya kemesraan, Kenangilah sebuah kemesraan kerana disitu adanya persahabatan, Kenangilah sebuah persahabatan kerana disitu letaknya perjuangan, Kenangilah sebuah perjuangan kerana disitu terciptanya tamadun kegemilangan"
Jumaat, Jun 27, 2008
Isnin, Jun 23, 2008
Jasamu dikenang

Seronok juga dengar pidato Dato' , menyegarkan sedikit buge dan petes yang dah berkarat juga di minda ini... Semoga Allah memudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat
Dan sajak sahabat dpd Pewaris arwah amat dibanggakan..
Selasa, Jun 10, 2008
Kesaktian sebuah senyuman

Minggu lepas, minggu pertama bulan Jun, penyakit sakit pinggangku datang balik, tambah lagi demam selsema semalam , tapi mujur tak teruk demam. Cuma kaki memang bisa-bisa.
Minggu lepas pun dah minta maaf dengan Sang Pencinta rupanya dia memang bengang pasal peristiwa Haqeem muntah tu...dan seperti biasa dia tak tahan mendengar sungutan aku ..hmm...seperti biasa, mengalahlah....(tak bererti kalah )
Teringat kata Fazilah Kamsah " Kita memang dikurniakan pasangan yang tidak sempurna supaya kita dapat mencipta kesempurnaan "
Yelah tu..betul sangat...
Tapi apapun, keletah Haqeem memang mencuit hati , dia berangan nak bersalji ....lantas aku pakaikan topi musim sejuk yg kubeli di Dresden dan muffler ..comel sekali.
Seperti kata guru "Percayalah kesusahan dan keperitan semalam dapat diringankan dengan kesaktian sebuah senyuman yang berbunga"
Langgan:
Catatan (Atom)