Subscribe Now: Feed Icon

Ahad, November 30, 2008

Attraction marketing & Newsletter marketing

Hari ini aaku selesai membaca buku ' seven years to seven figures' . Buku yang sangat bagus untuk orang yang bekerja makan gaji dan ingin mencapai kewangan mandiri .

Ada 3 panduan di situ yang mudah dan sangat menangkap jiwaku:

"Make Plan, Make Time to the Plan ,strong will power"

Aku mula merangka MTA untuk pelan yang terlintas di minda. Cuma yang belum pasti medan apa yang sesuai . Ini akan ambil masa tapi bak kata Nightingale " you are what you think about "

Terjumpa juga link yang ada banyak artikel yang boleh disiarkan semula http://www.articlealley.com

Sabtu, November 29, 2008

Laskar Pelangi

Lagu ini indah sekali


http://


bertetapan dengan konsep PULAPIPRO



Seperti kata falsafah guru " Impian takkan menjelma selagi anda tidak bermimpi untuk berimpian"



Lirik

mimpi adalah kunci

untuk kita menaklukkan dunia

telah hilang

tanpa lelah sampai engkau

meraihnya
laskar pelangi

takkan terikat waktu

bebaskan mimpimu di angkasa

raih bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa

walau dunia tak seindah surga

bersukurlah pada yang kuasacinta kita di dunia
selamanya…
cinta kepada hidup

memberikan senyuman abadi

walau ini kadang tak adil

tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi

takkan terikat waktu

jangan berhenti mewarnai

jutaan mimpi di bumi
menarilah dan terus tertawa

walau dunia takseindah surga

bersukurlah pada yang kuasa

cinta kita di dunia
selamanya…

Isnin, November 17, 2008

Streetsmart and Mental Aritmetik







Hari ini memang hari Anis , pagi-pagi bertanding mental aritmetik dan petangnya bertanding mewarna . Pagi gagal menang dan petang juara . Hebat dunia ini dan setiap manusia ada bakat yang berbeza. Itulah yang aku cuba didik pada anakku ini.

To experience , get the concept and dive in the abstract is part of the learning process ....ini adalah kajian David Kolb dalam subjek pembelajaran manusia .
Idin dan HQ juga turut serta dalam peraduan mewarna , dapat saguhati. Buat pertama kali ketiga-tiga naik pentas di Mahkota Parade (program Sreetsmart ini memang bagus dan Petronas memang hebat) dan aku rasa mereka memang seronok ! Cuma yang ralat sikit Papa tidak dapat bersama sebab masih di Kelantan ...hmm rindu benar...

Apapun lesson learnt for today , kita memang perlu slot berkualiti begini untuk meningkatkan keyakinan anak-anak .

Seperti kata falsafah PULAPIPRO " Keyakinan tidak akan wujud selagi anda boleh lakukan, itulah keyakinan"
Persoalannya , di mana kita boleh dapatkan medan sebegini selain daripada program luar sekolah?

"where there is a demand , there is a market Tina"...focus focus focus and specialise .

Ahad, November 16, 2008

Majlis Ikhtifal & Khatam PASTI Nurul-Aini 2008

Semalam Sabtu 15 Nov, aku dan Anis menghadiri majlis tersebut di atas di PASTI . Anis masih belum khatam tapi turut meraikan majlis . Entah kenapa terasa sayu dan insaf berada di majlis itu . Tersentap jua jiwa ini dengan kealpaanku dengan Al-Quran. Betapa jauh ingatanku kepada kitab Allah ini jika dikira dengan amalanku. Menatap ayatnya sahaja diberi pahala dan amalan sebegitu pun jarang tersulam di ruang waktu ini...semoga ada perubahan

Seperti kata guru " Jika anda tidak boleh mengubah diri maka anda tidak boleh mengubah apa-apa"

Melihat atuk atuk yang mempengerusikan majlis dan kesungguhan mereka yang tua meneruskan tradisi ilmu aku begitu kagum dan insaf . Kita yang muda pun tak tentu mampu menyumbang keringat begitu, Astaghfirullah dan Alhamdulillah , bertemu jua kita di arena ilmu ini.

Teringat kata falsafah guru di Pulapipro " Hiduplah untuk berbakti kerana orang yang berbakti akan terus hidup namanya walaupun mati"

Sempat juga berkenalan dengan nenek Fatimah yang juga guru mengaji yang meraikan cucunya yang khatam hari itu. Dia menjelaskan betapa pentingnya majlis sebegini supaya tidak lapuk ditelan zaman. Aku melihatnya dari sudut budaya dan agama. Dari segi budaya , majlis ini menambahkan kemesraan ibubapa dan masyarakat setempat dan memberi keyakinan kepada anak-anak. Dari segi ugama tidak dipertikaikan lagi .... Dan dari segi moral, ramai sungguh ibubapa yang gembira melihat anak mereka menerima hadiah dan sijil penghargaan..

Semoga tahun depan Anis pula akan khatam dan terus menjadi anak yg solehah

Amin...

Ahad, November 09, 2008

Sambutan Hari Raya Pulapipro Melaka 2008








Bulan Oktober Pulapipro berjaya mengadakan majlis sambutan Hariraya bersama anak-anak yatim Sultan Salahuddin Melaka. Seronok kerana berkesempatan bersama guru dan anak-anak yatim. Terasa insaf dengan segala nikmatNya. Sedikit ole-ole kutitip untuk mereka, semoga suatu hari nanti aku boleh mengikut jejak langkah jutawan Al-Bukhari dan Pengasas Yayasan Johor Corporation yang berjaya dan berjasa. Sesungguhnya kita warga Pulapipro bertuah diemkan dengan kelompok manusia yang tulus insyaallah.


Sedikit maklumat guru tentang perancangan koperasi Pulapipro dan Yayasannya dalam tempoh terdekat barangkali. Nampaknya kita akan meniti ranjau dan bukan lebuhraya dalam menuju matlamat , sudah ada sedikit rintangan dalam bentuk minda segelintir warga Pulapipro sendiri dalam perjuangan ini. Semoga Allah memudahkan perjalanan kita semua.