Subscribe Now: Feed Icon

Isnin, Mac 24, 2008

Hati seorang ayah

Hari ini aku ke PD menghadhiri mesyuarat Mayang Sari Beach Resort .
Kesimpulan yang kubuat : jika ilmu pengurusan kita kurang , maka ketelusan dan niat murni kita tidak kesampaian dan professionalisme hilang .
Walaubagaimanapun, kena jugalah aku menata-riaskan unit A710 dengan duit sendiri dan atas nasihat kawan-kawan yang pernah mengambil skim rent-back , untungnya tidak seberapa .
Harapnya adalah rezeki tahun ini...

Anak-anak tinggal di rumah dan Sang Pencinta pula ke Formula 1 , memang tiap-tiap tahun tak pernah lepas peluang ke Sepang.
Rupa-rupanya masa aku belum sampai ke rumah , Idin dan HQ 'berperang' macam biasa dan Papa ada 'menghukum' Idin (dia sampai ke rumah dulu). Patutlah aku sampai saja, Idin terus melaporkan yang dia telah minta maaf dengan HQ . Dan Papa kata " nanti Papa tidur dgn Idin malam ni, ganti apa yg Papa buat tadi"

Tersentuh jua hati mendengar kata-kata Sang Pencinta. Tersenyum sendiri dan berbunga juga hati ini. Yalah , kadang-kadang kita pandang seseorang itu hanya dengan pandangan kasar dan sesekali bila kita pandang peribadi yang halus (Sang Pencinta) itu dengan mata hati , sememangnya Papa memang seorang yang penyayang.

Cuma, kita mestilah pandai menterjemahkan sayang seseorang itu kerana setiap orang ada bahasa sayangnya yang tersendiri...dan ilmu ini memakan tahun ..dan Maulud Nabi tahun ini juga adalah ulangtahun perkahwinan kami ke 9

Semoga Allah memberkati keluarga kami dan keturunan kami, Amin.

Khamis, Mac 20, 2008

Warisan

Kegoyahan BN ketara sungguh ..tapi itu hanya satu parti
Namun yang menang sorak kampung tergadai adalah Melayu
Kerana
Bangsa Melayu memang bangsa yang sangat halus dan tinggi emosinya
dan
Kita memerlukan Melayu yang tajam akal, tajam lidah dan tajam emosinya

Barulah seimbang

http://


Lagu Warisan ini memang menyentuh hati....



WARISAN
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini


Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini


Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan

Aku lah penyambung warisan

Selasa, Mac 18, 2008

Pilihanraya dan N82

Pilihanraya 8Mar ke 12 mencatat sejarah . Buat kali pertama dalam tempoh 50 thn kemerdekaan , BN dinafikan 2/3 majoritinya dalam Parlimen .

Hmm..seminggu jugalah aku bersengkang mata menjenguk blog yang panas-panas. Yang paling penting, apa yang boleh dipelajari dalam PRU12 ini, kuasa pidato memang jelas dan nyata .



Benarlah kata guru "Orang yang bijak, bercakap kerana ada sesuatu yang ingin disampaikan, sedangkan orang yang kurang bijak, bercakap hanya semata-mata untuk bercakap"




Seperti kata guru saya " Apabila anda berjaya menguasai ilmu, maka anda berjaya menguasai dunia "



dan ilmu and pidato bagai ombak dan pantai , tidak bisa dipisahkan di samudra pengetahuan alam ini.

Kebetulan pula telefon aku yang lama sudah usang , maka kubeli telefon baru .

Dan teknologi N82 ini memang mengkagumkan.....