Subscribe Now: Feed Icon

Selasa, Januari 29, 2008

Pemidato Melayu Malaysia

Ahad lepas (27 Jan 2008) cukup 2 tahun umur PULAPIRO. Aku berkesempatan menghadiri majlis sambutan harilahirnya di SIRIM, Shah Alam. Sesungguhnya di pusat inilah aku bertemu dengan seorang guru yang dedikasi , sahabat-sahabat yang tulus dalam perjuangannya serta pejuang-pejuang Melayu yang berteraskan imu insyaallah. Pidato juga mengajar aku erti perjuangan dan memaksa aku sentiasa positif dalam hidup . Juga mengingatkan aku kesinambungan bangsa ketuanan Melayu .

Teringat akan arwah abah dan kata-kata inspirasinya, kadang-kadang tatkala menghafal falsafah seolah-olah terdengar suaranya berbisik kepadaku.

I really miss him , Al-Fatihah ....
dan PULAPIPRO adalah pengganti pembekal semangat itu
Semoga generasi kami sentiasa dibasahi rahmat Allah ini...Amin

Hebat PULAPIPRO dan semoga akan ada seorang 'orator' selepas Sukarno di Nusantara ini dari PULAPIPRO

Pemidato Melayu Malaysia !

Isnin, Januari 28, 2008

Aku cinta padamu sampai mati

Jumaat lepas, dengan tak disangka-sangka, aku dan Sang Pencinta perang emosi..boleh tahan seriusnya .

Puncanya , mulut aku dan silapnya (always think that it is my fault first) aku terrrrlupa ada beberapa perangai keramat aku yang sensitif di mata hati jiwa Sang Pencinta yang terpacul keluar (padahal pada mata hati jiwa rakyat biasa bunyinya biasa sahaja)

Moralnya: Manusia mudah lupa dan itulah yang terjadi padaku

Cabarannya: elakkan bergibran dengan Sang Pencinta

Yang menariknya : Dalam masa 1 jam insiden itu berlaku , aku berjaya meluahkan sikit perasaan marah tu selama 20 minit (di belakang Sang Pencinta) dan terus minta ampun maaf (cium tangan macam biasa) bila dia menegur keterluahan rasa yang melonjak itu (sampai boleh dengar pintu berdentum dari ruang tamu di tingkat bawah).

Tapi dalam masa 36 jam lepas kejadian itu , Sang Pencinta membatukan diri sebatu-batunya dan begitu juga saya (even lovers need a holiday).

Aku rasa mengambil ruang untuk menenangkan diri itu adalah perkara sihat.

Falsafah cinta: After all these years , why give-up now ? Failure is part of learning process and is a precondition for success .

What matters are what we learn after the incident

Falsafah guru di PULAPIPRO : Jika anda tidak dicerca, dipuja dan diperkatakan tentang diri anda, maka anda belum lagi aktif dan berjaya



dan selepas 48 jam..aku masih mencintainya.....

Ahad, Januari 20, 2008

Kunjungan adik dan ibu pada hari Asyura

hari Asyura penuh dengan peristiwa besar nabi-nabi dan hari ini

Cik Man sekeluarga dan mak datang berkunjung , kita berpeluang menaiki bot di menyusuri sungai Melaka, Papa pun ada sekali , tu yang seronok tu...ambil tiket di Taman Rempah dan senang pula dapat parking kereta.

Tengah hari pula singgah minum air kelapa gula melaka serbat di Cheng , sedap!!!

Makan di gerai ikan bakar Cheng Heights , ni memang sedap!!!

Petang, aku belikan basikal untuk anak dua ..dah berhari-hari Haqeem merengek nak basikal ...dan Zuddin memang abang yang baik , pandai mengalah pada adik yang nakal (dua basikal aku beli sekali)

Pengajaran hari ini: Kita mesti yakin dengan pasangan kita selalu :)) dan kalau dah berjanji kenalah ditunaikan walau pada si kecil

Isnin, Januari 14, 2008

Bulan sambutan hari lahir


Hari ini Haqeem 4 taahun dan Idin sudah 5 tahun 7 hari ...

Seronok tengok anak-anak suka .

lagi seronok tengok sekeluarga sama-sama suka
Kek tu Neni sponsor , dia sayang banget ama Haqeem ...tak taulah nanti bila dia dah berhenti katanya tahun ni
Cabaran lagi untuk cari pengganti
Moral : setiap keselesaan ada harganya, samada hati, harta dan masa

Sabtu, Januari 12, 2008

2008 dan Maal Hijrah

Sekali imbas nampaknya tahun 2007 membuktikan bahawa matlamat yang tertulis akan lambat laun terlaksana
Keperkasaan sub-consious mind memang terbukti, sekurang-kurangnya pada azam spiritual saya i.e mengaji dan berterawih pada Ramadhan dan mengawal perbelanjaan (cash flow)
Cuma , misi saya tahun ini (dan juga suami walau pun dalam bidang berbeza) ialah .....panjangkan akal, panjangkan langkah (extend my means , extend my limit)
Go get it girl !!!!
2 tahun lagi , dunia kilang akan semakin mudah ditanganku dan dunia merdekaku akan semakin menjelma di alam nyata

aku suka masak , menghiburkan orang , dan bercakap ....

so what is my best vocation ???