Subscribe Now: Feed Icon

Selasa, Oktober 30, 2007

Idea lagi , perlu tindakan

Salam,
hari ini ada banyak idea

1)busana mandi (burqini) ; nampaknya wanisapparel nampak maju, se lagi muslimahapparel - model business via internet --> hmm boleh jual di kodominium saya di Mayang Sari Beach Resort
Tindakan: establish supply chain sendiri di Medan?
Cam ni kena dapatkan modul internet payment cepat ...and supply chain

2) Nasi lemak laris manis (dendeng) -motivation , sebab dengan sampel yang ciput ramai orang tanya mana nak dapat
Tindakan: nak ke Medan ambil sendiri bekalan ?import export? supply chain?

3) Jual ayam halal---> lepas buat selidikan informasi ni rasa tak termakan pulak ayam kat pasar
Tindakan: telefon Dr M Zainol?

Ayam Malaysia tak halal dari segi kandungan?

Salam,

saya sisipkan petikan dpd blog yg mengandungi maklumat ayam Dr Zainol ni, moga dia sentiasa diberkati



*********************************************************************
Assalamua'laikum buat semua,





Saya amat tertarik dengan tuan/tuan dan puan/puan dalam pelbagai usahameningkatkan kesedaran ummah di Malaysia. Kita merupakan syarikat muslim yang pertama terlibat dalam penternakkanayam kampung organic SECARA KOMERSIAL Ayam kampung adalah panggilan bagi ayam yang dipelihara secara lepas. Dinegara Barat ia dikenali sebagai free range chicken atau organicchicken.Ayam kampong jenis ini bergerak bebas dan berpeluang bergerak aktifmencari makanan tambahan dalam bentuk semula jadi terdiri daripadahaiwan kecil seperti belalang, ulat dan cacing serta bahan daripadatumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhanherba.Pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organikmenghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi.Ciri daging yang enak dan berprotin tinggi tanpa kolesterol akan mejadikegemaran anda semua berbanding dengan ayam daging komersial yang hidupdengan pelbagai anti biotic, beta aganist, growth hormone dan bahankimia yang diharamkan oleh kerajaan.





KEISTIMEWAAN AYAM KAMPUNG ORGANIK HALAL PROSES PENTERNAKAN. AYAM DIBERI MAKANAN YANG BERSIH DAN BERKHASIAT TINGGI YANG MENAWARKANFAEDAH PERUBATAN BAGI PENGGUNA SEPERTI


1) HABBATUS SAUDA


2) HALIA


3) PANDAN


4) KUNYIT.


AIR BERSIH BAWAH TANAH TANPA KLORIN.





Minta semua pengguna Islam yang bijak dan berprihatin terhadap kaulitidan halalan & tayyiban beri sokongan untuk kita terus maju danmenawarkan khidmat ini untuk anda semua.





HARGA 9,80 SEKILO SIAP BERSIH DAN HANTAR KE PINTU RUMAH/PEJABAT. ( biasadijual dipasar dengan harga RM 12.00 sekilo)





Sila hubungi saya. wassalam





Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja


Head - Research & Development Innovation Centre


Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd.


No 17. Jalan Nirwana 35. Taman Nirwana. 68000 ampang. Selangor. Malaysia.


Tel 603 92811802 / 92816924 Fax 603 92816925


e mail [EMAIL PROTECTED]


mobile 6012 3248081





From: Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja [EMAIL PROTECTED]





Sent: Saturday, September 15, 2007 3:27 PM To: Norhalawiah Abdul Rahman Shah





Subject: RE: ayam Assalammu alikum Ya kat Taman Nirwana ada jual ayam, daging kambing dan daging lembu. Insyallah kita akan sediakan bugger, nugget dan banyak lagi produk dariayam kita. Tolong berdoa. Wassalam


Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja Head - Research & Development Innovation Centre Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd. No 17. Jalan Nirwana 35. Taman Nirwana. 68000 ampang. Selangor. Malaysia. Tel 603 92811802 / 92816924 Fax 603 92816925 e mail [EMAIL PROTECTED] mobile 6012 3248081

Ahad, Oktober 28, 2007

Selepas hari raya

Selepas hari raya aku dapat berita gembira, ada kenaikan gaji dna pangakt naik setakuk lagi
Alhamdulilah , rezeki anak-anak
Yang penting , berapa lama lagi ku harus berada di kilang ini ?

Lantaran itu, aku beli 2 buku sekaligus , Kiyosaki's retire young retire rich and cashflow
walaupun dah tahu prinsip tapi mesti diulang-ulang

idea:
agen pembantu rumah
agen jual emas Zhulian
gerai nasi lemak dendeng aka nasi lemak laris manis
buka blog melayan mahasisiwa (traffic management)

macamanapun , kepala ni memikirkan apakah model perniagaan yang boleh di buat untk melatih diri jadi usahawan

Idea terbaik : usahawan airliur dan leveragenya adalah pidato !!!!

Rabu, Oktober 03, 2007

Diburu pencari kerja

Semalam Selasa aku dapat panggilan , ada kekosongan jawatan sebagai procurement manager untuk subcon , tapi pejabatnya di KL , jawatan ni tak pernah ku pohon, tapi macam pucuk dicita ulam mendatang juga.
Cuma fikir-fikir balik, kena ulang-alik ke KL, jauh dpd anak dan suami, masa buang di jalanraya , serupa je dgn senario di Senai ...
Moralnya , kena ada decision matriks , apa yg kita nak dng apa yang dunia tawarkan , baru senang buat keputusan,
jadi rasanya tak jadi kot...

Isnin, Oktober 01, 2007

Anis , Haqeem and Izzuddin 07

Umi dan Papa sayang anak-anak semua : )

Cukup bulan bayar hutang

Masa nak bayar hutang dah tiba dan aku hanya ada satu periuk sahaja nak dikorek , iaitu gajiku...
aku berazam nak berhenti guna non-islamic card , macam -macam cas, gila babi dibuatnya
jadi mulai 1 Oktober pakailah kad bank islam , mudah , apa yg dipakai itu sahaja yg kena bayar
yg lain tu hanya kekalkan untuk bayar insuran dan installment
Peta minda kewangan aku pun makin senang dilukis , teknik TOny Buzan memang bagus , la ni aku tengah bagi jurutera baru aku pinjam buku tu
Dalam berita harian hari ni , catatan Johan Jaafar " industri buku Melayu (1.3 juta?) lebih kecil daripada industri ayam daging (1.5 juta) ..
Aku teringat petikan sebahagian Sajak PULAPIPRO ..
"wahai bangsaku pidato nusantaramu telah membijaksanakan berfikir , memandu minda mengatur budaya, memercik mutiara ilmu, mengangkat martabat warga ke persada dunia, ke pentas antarabangsa"
Walau tak belajar ilmu pidato pun, aku memang kaki buku , tetapi kuliah pidato mentelah lagi telah memaksa aku lebih banyak membaca , mengasak aku lebih banyak berfikir, kalau tidak mana mampu nanti aku berbicara , meluahkan kebijaksanaan seperti yang dilatih oleh guru..


Misi seterusnya, menyahut seruan arwah abah..aku mohon petunjuk dari Allah untuk aku lebih terurus mendidik hati, agar bisa aku menjadikan Allah sebagai majikanku